Tuesday 20 March 2012

tentang DIA...

alhamdulillah, hari ini sekali lagi Dia Yang Maha Penyayang memberi nikmat hidup untukku terus bernafas dgn udara yg dikurniakanNYA dengan kadar yg secukupnya. Dia menjadikan oksigen dan gas2 lain untuk kehidupan semua makhluk2NYA sememangnya cukup dan setiap makhlukNYA tak perlu pun beratur atau berebut-rebut mendapatkan bekalan oksigen. setiap masa dan di mana-mana sahaja kita dapat bernafas bersama mereka (makhluk2 hidup) yang lain. Tak pernah sekali pun, Dia meminta wang dari kita dan tidak pernah sekali pun Dia membiarkan kita lemas tanpa udara. Kita hidup dalam lautan udara ciptaanNYA secara percuma tanpa perlu ada bayaran apa2 pun... tidak pantaskah DIA untuk kita sujud menyembahNYA dan sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA hanya dengan melafazkan "Alhamdulillah" ??? 

Dia,
Dialah Pencipta Agung,
Yang menciptakan langit dan bumi dalam 7 hari,
Mengapa tidak dalam satu hari atau mengapa tidak dalam sekelip mata sahaja?
Yang menciptakan siang dan kemudian beransur-ansur senja dan kemudian beransur-ansur menjadi malam yang gelap gelita,
Mengapa perlu beransur-ansur? 
Yang menciptakan manusia secara berperingkat-peringkat,
Bermula dengan 'nutfah' diikuti 'alaqah' diikuti 'mudghah' diikuti ' izam dan lahm' diikuti 'Nasy'ah khalqan akhar' dan yang terakhir 'nafkhur-ruh',
Mengapa tidak sahaja Dia menciptakan kita sekaligus?
Mengapa semuanya berperingkat? sedangkan Dia mampu menjadikan semuanya dalam sekelip mata sahaja,
Kerna Dia ingin mengajar manusia,
Tentang setiap penghijrahan atau perubahan bukanlah mudah,
Perubahan tak dapat dilakukan dalam sekelip mata tetapi ia memakan masa,
Perubahan juga tidak mampu berlaku dengan hanya berpeluk tubuh tanpa usaha,
sedangkan untuk mendatangkan malam, matahari bergerak ke arah barat,
sedangkan untuk untuk terjadinya planet2, langit dan bumi, berlakunya satu perpisahan,
sedangkan terciptanya manusia, dengat perlumbaan dan pengembaraan beribu-ribu sperma mencari ovumnya,
Semuanya memerlukan usaha,
Itulah sunatullah yang telah ditetapkan, 
Dari Dia Yang Maha Luas IlmuNya.

~sesungguhnya tidaklah dalam setiap penciptaanNYA adalah sia-sia~
kita, manusia diangkat Allah dari sebahagian makhlukNYA yang lain dengan adanya akal fikiran, carilah DIA daripada kita mencari dia kerna DIAlah yang membuatkan kita hidup di muka bumi milikNYA... hanya dengan kasih dan sayang DIA kita hidup... 
maaf atas segala kekurangan...diri ini hanya ingin berkongsi rasa di hati... teruskanlah berusaha untuk mencari DIA dan bawalah bersama mereka2 yang lain... :)

No comments:

Post a Comment