Thursday 19 January 2012

Ada apa dgn sejarah??? - Part 1


"sejarah?? boring la... watpe nak tau sejarah... SPM dah lepas la... ak pun dah x ingat point2 yg belajar dkat skolah dulu..."
" Jap! Jap! yg ni sejarah lain la.. Ni sejarah yg benar-benar dan tulen punya... yg belajaq kat sekolah tu banyak fakta yg dah di putar belitkan..."
"Ish, ko ni sedap je kata sejarah yg kita blajar kat sekolah x betul"
"aku x kata semua fakta tu x betul tapi ada banyak lagi yg perlu kita tahu. lagipun sangat penting untuk kita tahu sejarah nie."
"la.. awatnya pulak penting? exam sejarah mana ada dah....haish rajin semacam la pulak ko ni"
"itu lain la... ko tau x dari sejarah la kita belajar so that kita akan ambik iktibar from what happened before and tidak mengulanginya lagi..."
"hmm.......ok! tapi sejarah tentang apa"
"sapa yg nak amik iktibarnya?"
" kita la "
"So, Ini Sejarah Kita la"
Ini Sejarah Kita?? hmm maybe ada yg pernah dengar dan ada yg belum... but somehow ana still ingin kongsikan di sini... kerna sejarah itu penting utk kita tahu dan mesti kita tahu untuk kita kenali siapa kita sebenar? Kita di sini siapa??Kita sebagai islam..................... perkongsian ini insyaAllah akan ada peringkat2 sbb ana x nak tertinggal hak ilmu yg perlu anda semua tahu.........

Bismillahirrahmanirrahim..........

sebagai permulaan, ana akan berkongsi tentang sejarah itu sendiri....... Sejarah bukanlah suatu kebetulan tetapi sejarah sebenarnya adalah sunnatullah... apa itu sunnatullah?? Sunnatullah itu adalah peraturan Allah.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata."
(surah Al-An'aam:59)

ayat ini jelas menerangkan bahawa setiap apa yg berlaku di dunia baik sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara semuanya berada di bawah pengetahuan Al-Alim.... walaupun sebesar atom? yup! err apa yg berlaku dalam sistem badan manusia?? yup! semua itu di bawah pantauan Allah... jadi sejarah yg telah, sedang, atau akan berlaku semuanya berada di bawah tadbir Allah...

sunnatullah ini merupakan satu ketetapan atau ketentuan yg Allah sediakan untuk kemudahan kita sebagai khalifah dalam mentadbir muka bumi ini... hmm mcm mana tue????

untuk contoh yg lebih jelas, agak2 antunna semua tahap didih air tue ketentuan Allah x?

dengan kurnia Allah, kita diberikan akal untuk berfikir dan mengkaji alam semesta yg diciptakan Allah untuk kita. dan air itu adalah antara makhluk Allah. dengan izinNYA, manusia mengkaji dan melakukan eksperimen dan mengetahui tahap didih air sedangkan sememangnya tahap didih air itu memang sudah ditetapkan Allah sebelum lahirnya kita ke dunia ini........ ana harap dengan contoh yg ana berikan ini, antunna semua dapat idea yg ana cuba sampaikan tentang sunnatullah... insyaAllah....

sekarang ana akan cuba menerangkan tentang kaitan sejarah dan sunnatullah yg telah ditetapkan Allah....

ana cuba gunakan contoh yg ringan dahulu sebelum ana terangkan. seorang doktor akan terlebih dahulu mengambil sejarah kesihatan pesakit sebelum dia menentukan sebab2 penyakit pesakit dan apakah tindakan yg perlu diambil seterusnya... di sini ana cuba nak terangkan bagaimana sejarah itu mampu mempengaruhi perlakuan dan keputusan kita...

menurut Sayyid Qutb > sejarah itu merupakan tafsiran peristiwa2 & pengertian mengenai hubungan2 nyata dan tidak nyata yg menjalin seluruh bahagian serta memberi dinamika(tenaga,kekuatan, gerak daya) dlm waktu dan tempat... dalam erti lain apabila kita mengkaji asal usul diri kita, asal usul Islam, asal kebudayaan bangsanya, faktor2 pertumbuhan dan fasa perkembangannya barulah kita mampu memahami hakikat siapa kita sebenar dan apa yg patut lakukan seterusnya untuk masa hadapan.... jadi sebagai seorang muslim, kita haruslah mengkaji peristiwa2 yg berlaku sejak zaman Rasulullah lagi ketika turunnya Islam dan sebagai manusia kita haruslah mengkaji sejarah yg telah berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi, so that kita memahami hakikat seorang manusia dan mengaitkan kisah2 zaman dahulu dgn kehidupan kita sekarang, so that kita tahu apakah next step yg perlu kita ambik untuk meneruskan kehidupan kita as a Muslim human....

sekiranya kita memahami isi Al-Quran kita akan melihat banyak kisah2 yg diceritakan kepada kita tentang peristiwa2 yg berlaku suatu ketika dahulu supaya kita mengambil pelajaran tentang hakikat penghidupan manusia di muka bumi ini....... sunnatullah ini akan terus berlangsung tanpa henti sehingga Allah yg menghendakinya... insyaAllah ana harap antunna semua dapat mesej apa yg ingin ana sampaikan... dan sekiranya ada pertanyaan, comment dari antunna semua sangat ana alu2kan... =)

insyaAllah untuk part seterusnya ana akan memulakan pentafsiran peristiwa2 yg berlaku ketika di zaman Makkah.... =)







Monday 16 January 2012

whats the meaning of LIFE? ENJOY!!! ... IS IT??? - episode 4






dari kecik lagi telinga kita dibisikkan dgn kalimah suci ini ;

" aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH"
"Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh ALLAH"

dgn melafazkan kalimah ini, kita merasakan kita telah menjadi seorang Muslim.................  
is it? how about tentang kisah penurunan Al-Quran yg sangat besar tanggungjawabnya sehinggakan kalo diberikan kepada gunung, gunung akan hancur dan terbelah kerana beratnya tanggungjawab Al-Quran itu??
tapi adakah kita dgn mudahnye hanya melafazkan kalimah suci ini bermakna kita seorang yg muslim without any responsibility comes along?? Bukankah Al-Quran itu diturunkan kepada manusia??

cuba kita hayati sejenak ayat ini :

"Did ye then think that We had created you in jest, and that ye would not be brought back to Us (for account)?"
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

tidakkah kita mengambil pengajaran dari ayat2 suci Al-Quran ini, sesungguhnya penciptaan kita di bumi Allah ini bukanlah hanya untuk main2 atau bukanlah untuk melakukan apa sahaja yg kita suka tapi penciptaan kita ini bermatlamat... dan apakah matlamatnya??

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (51:56)

lupakah kita akan perjanjian yg kita pernah lakukan ketika di alam roh terhadap Allah, Tuhan yg mencipta sekalian alam?  perjanjian kita yang mengakui keesaan Allah sebagai pencipta seluruh alam dan hanya kepadaNYA sahaja kita sembah dan beribadat..... tidak ada tujuan lain kita diciptakan di dunia ini melainkan apa yg tertulis di dalam Al-Quran....


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

ingat tak janji kita ini??? sesungguhnya Al-Quran adalah petunjuk dari Ilahi untuk kita agar kita menjadikannya sebagai pedoman dan pegangan hidup....  


                                                                   (49:14)
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

ayat ini menerangkan dengan mengucapkan kalimah syahadah sahaja, tidak semestinya kita beriman tapi kita hanyalah Islam pada nama sahaja tapi belum meresap ke dalah hati...... 
ingatlah wahai sekalian manusia yg menggelarkan dirinya sebagai islam atau muslim, tanyalah pada hati kita? sudahkah iman meresap ke dalam hati kita atau sebenarnya kita hanya tunduk kepada Islam atas nama sahaja?? dan sentiasa ingatlah dgn tujuan penciptaan kita di muka bumi ini agar kita bukanlah dalam kalangan mereka yg masih terkapai2 mencari arah tujuan............. 

Tuesday 10 January 2012

whats the meaning of LIFE? ENJOY!!! ... IS IT??? - episode 3

>>> inilah nikmat yg paling bermakna bagi ana sepanjang ana bergelar seorang manusia di muka bumi ini <<<
 
sebelum ni, ana hanya melimitkan makna cinta itu hanya dari manusia... tetapi ana tak pernah terfikir pun tentang cinta ALLAH pada hambaNYA... T__T... bila dikatakan tentang cinta, ana rasa ramainya yg suka... sapa yg x sukakan kasih sayang... memang fitrah manusia yg suka akn kasih sayang... kita sering tersentuh dgn cinta dan kasih sayang dari sapa2 pun... tapi  x pernah terfikir pun tentang betapa sayangnya ALLAH pada kita?... cuba kita hayati ayat2 ALLAH ini >>

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur."
(An-Nahl :78)

suatu ketika dahulu, kita belum lagi bergelar manusia... masih lagi terawang2 di alam roh... kemudian dgn kehendak ALLAH, kita dilahirkan sbg manusia di muka bumi ALLAH Yang Maha Luas... 9 bulan di dalam rahim ibu, kita di selimutkan dgn amniotic fluid dan amniotic sac a.k.a cushion yg sedap yg ALLAH ciptakan di dalam rahim para kaum hawa yg bakal bergelar ibu.... masyaAllah, sayang sekali Allah pada kita... dari alam rahim lagi, Allah telah menyediakan keperluan kita sebagai seorang manusia...T_T... masyaAllah.... kemudian dengan izin Allah,  alhamdulillah kita selamat dilahirkan dunia... ketika itu, kita masih bayi dan suci dari segala kekotoran jahiliah.... kemudia Allah mengurniakan kita pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran) agar  kita bersyukur dgn nikmat kurniaanNYA... kita dilahirkan dalam keadaan yg bersih dan suci seperti kain putih... kita tdk tahu apa2 lg tentang dunia.. tetapi dalam penciptaan manusia yakni kita, Allah mengurniakan mata, telinga dan akal agar kita dpt mempelajari apa yg kita tdk tahu. betapa telitinya ALLAH dalam mencipta kita sbg seorang manusia di muka bumi ini.... tetapi adakah kita menggunakan nikmat pendengaran, penglihatan dan hati yg dikurniakan dengan adil? dan sejauh mana kita bersyukur atas segala nikmat Allah? T__T

"Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka yang musyrik itu) tidak mengetahui.Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya."
(An-Naml : 60-64)

Alhamdulillah... kita dilahirkan dalam keadaan yg serba cukup dan tidak ada satu kekurangan pun yg ada di muka bumi Allah... sebelum turunnya manusia di muka bumi ini, Allah telah mencipta dan menjadikan bumi ini cukup dgn keperluan manusia... tidakkah kita perhatikan tumbuhan2 yg menghijau, air2 yg mengalir, gunung-ganang yg teguh berdiri tetap di tempatnya dan alam2 semulajadi di sekeliling kita?? siapakah yg menciptakan semua ini?? dan untuk siapakah semua ini?? Ya Allah, betapa besarNYA kasihMU Ya Wadud... Sesungguhnya tidak sia2 Engkau menciptakan semua ini.... Engkau menundukkan makhluk2 Engkau yg lain untuk kami Ya Allah... untuk kami Ya Allah... untuk kami, manusia yg sentiasa ingkar dan lupa akanMU Ya Tuhanku.... Ya Rahman, tiada cinta lain yg setanding dgn cintaMU Ya ALLAH....T__T... ampunkan kami Ya Allah... sesungguhnya cinta Allah itu tak terkira nilainya... Dia senantiasa mendengar rintihan hamba2NYA yg berada dlm kesusahan dan memperkenankan doa hambaNYA....  ALLAH tdk pernah meninggalkan hambaNYA tdk kira waktu senang atau waktu susah... tetapi... sebaliknya kitalah yg selalu melupakanNYA....T__T.... Allah sentiasa mendatangkan kita angin sepoi2 bahasa dgn lembutnya menyapa diri kita sbg berita gembira kepada kita tentang ketibaan rahmatNYA yakni hujan yg akan menyuburkan lagi bumi...tapi bagaimana kita menyahut berita gembira dari-NYA???...T__T

"Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: Benda-benda untuk berteduh dan Dia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Dia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya."
(An-Nahl:80-81)

Subhanaallah... kasih sayang Allah meluas dan meliputi seluruh alam ciptaanNYA... perhatikanlah ayat Allah ini... Allah menundukkan alam ciptaanNYA untuk memberi kemudahan kepada kita untuk hidup di muka bumi ini....betapa telitinya Allah dalam menyediakan kemudahan untuk kita sehinggakanlah menjadikan besi dari batu2 untuk kita sbg perlindungan ketika perang... masyaAllah.... sehingga begitu sekali Allah menyempurnakan nikmatNYA kepada kita agar kita berserah diri kepadaNYA.... tingginya cinta ALLAH kepada hambaNYA... T__T

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam kesibukan (mencipta dan mentadbirkan makhluk- makhlukNya)!Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin!Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
(Ar-Rahman : 29 - 32 )

setiap masa Allah sentiasa berada dalam kesibukan mengurus dan mentadbir segala keperluan makhluk2NYA tetapi Dia tidak pernah pun tidak memenuhi setiap keperluan makhlukNYA... sesungguhnya Dialah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.. Dia sentiasa memenuhi keperluan kita walaupun kita tidak berdoa untuk itu... Dia menyediakan udara segar yg secukupnya, Dia mengurniakan rezki yg secukupnya untuk setiap hambaNya, Dia melihat kita setiap masa dan Dia sentiasa merasai dan mengetahui apa yg ada di hati kita... ketika kita kesedihan, tidak ada seorang pun yg dapat merasai kepedihan yg kita rasa tetapi ketahuilah Allah know and He always be with you... janganlah kita meragui kasih sayang Allah yg Maha Tinggi... kasih sayang yg ada di dunia ini hanyalah 1% sahaja dari kasih sayang Allah... Yang selebihnya menanti kita di akhirat kelak... InsyaAllah.....

Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi melalui Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka aku mendekatkan diri-Ku kepadanya sedepa. Kalau hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari dari Anas)

T_T betapa sayangNYA Allah pada kita... apa lagi yg kita hendakkan lagi selain daripada keredhaan Allah yg sentiasa menjaga, memberi rezki, mendengar rintihan kita, dan sentiasa menyayangi kita... nikmat apa lagi yg kita dustakan?? nikmat apa lagi yg kita tamakkan?? apa lagi yg kita mahu setelah apa yg Allah berikan kepada kita...T__T astaghfirullah... sudah banyak yg Allah kurniakan kepada ana dan sekarang ana rasa giliran ana untuk ana berserah diri sepenuhnya kepada Allah Tuhanku dunia akhirat T___T...............

Monday 9 January 2012

whats the meaning of LIFE? ENJOY!!! ... IS IT???- episode 2

hmm agak2 dah habis pikir ke which the most successful success???? hmm...ana pernah rasa yg success tu when we achieve the carrier that we want and have one big happy family. hmm... tapi ana x pernah terfikir kejayaan yg ana rasa ini akan berhenti bila ajal ana dah sampai... tak pernah terlintas pun di fikiran ana tentang hari akhirat nanti what will happen to me... suatu ketika dulu ana pernah fikir ana solat, ana x makan benda2 haram, ana x buat pun zina, so kiranya ana boleh la masuk syurga walaupun ada dosa2 yg ana lakukan ... astaghfirullah...T__T

betapa sedihnya keadaan ana ketika itu... terus terusan melakukan perkara2 yg melalaikan dan menjauhkan diri ana dari islam... alhamdulillah every big exam like UPSR, PMR, and SPM ana berjaya lulus dan alhamdulillah ana skrg  berjaya melanjutkan pelajaran ana ke bidang yg lebih tinggi... every years come n gone n usia ana pun makin meningkat...  alhamdulillah along the journey, i learnt a lot of things especially the meaning of life.......

at one phase, ana  dipaksa utk menghadiri satu kem which ana completely rebel x nak pergi seriously waktu tu sampai nak bayar utk x nak pergi tapi ditakdirkan ALLAH ana pergi jugak sbb yuran tu mahal sangat... guess what??? when i arrived there i was the one who cried first.... want to know y i cry? bcoz ana dikenalkan dgn ..............................................................

Pemberian peluang yg tidak pernah henti dari DIA....

dalam kehidupan kita cuba kita fikir2kan, banyak mana peluang yg kita berikan kpd manusia lain dan berapa bnyak peluang yg manusia lain berkan kpd kita... hmmm banyak x? hmm kalo nak dilihatkan setiap org ada limit dlm memberi peluang kpd org lain... especially when it become to trust...rite? kdg2 tu sekali je org kasi if u break her trust again no extra chance.... sbb tue bila ada org kasi extra chance kita selalunya will try our best to make use of it rite??? hmmm...


BUT how about the chance that ALLAH always give us every time we woke up every morning??? hmmm how far we appreciate it? T__T ...Allah always give us a lot of chances for us to turn back to Him in our everyday life but we often take it for granted... we always look every morning we woke up just a routine as a human...  sleep, wake up, do work,  then eat  and so on.... yea we do pray 5 times a day but do we really feel it and khusyuk bila solat? dan adakah kita yakin solat kita tu diterima ALLAH?... T_T.... astgfirullah... kadang2 nak khusyuk baca surah Al-Fatihah pun susah kerna ingatkan hal2 dunia...T_T 


Alhamdulillah, walaupun kita sering melakukan kesalahan dan dosa tapi Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita utk kembali kepadaNYA and DIA tdk pernah penat memberi keampunan kepada kita tapi sebaliknya kita yg akan penat memohon keampunanNYA atas segala dosa2 yg kita lakukan..... T__T 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (39:53)
   

ALLAH sentiasa membuka pintu taubat kepada kita... janganlah kita menangguh usia muda kita untuk bertaubat di usia tua kerna sesungguhnya kita tidak tahu bila waktu kematian kita... mungkin esok atau mungkin lusa... hanya ALLAH yg lebih mengetahuinya... janganlah kita membiarkan diri kita tergolong dalam kalangan mereka yg rugi... Sesungguhnya hidayah dan peringatan ALLAH itu di mana2 shj cuma kita yg perlu buka mata utk melihat kebesaran dan keagunganNYA, gunakan telinga utk mendengar ayat2 suci Al-Quran, gunakan mulut utk berkata kata2 kebaikan dan zikir memuji ALLAH, dan bukalah hati untuk merasai cinta dan kasih sayang ALLAH.... <3


"Ya ALLAH, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang ampunilah dosa2 ku dan berikanlah aku kekuatan utk terus bermujahadah melawan nafsuku dan bisikan syaitan... lindungilah aku dari tipu daya dunia...."



Sunday 8 January 2012

whats the meaning of LIFE? ENJOY!!! ... IS IT??? -episode 1

hmmm pernah suatu ketika dahulu, ana rasa kehidupan ana ini dah cukup. ye la ana ada family, ada kawan2 yg 'best', ana rasa hidup ana dah complete... x da apa pun yg perlu ana cari or perlukan... banyak nikmat dunia yg ana dapat tapi ana x pernah nak rasa bersyukur dgn nikmat yg ALLAH kurniakan malah solat ana ketika itu pun tunggang langgan... astaghfirullah... sangat sedih mengimbau kembali sejarah lampau kehidupan ana...

hidup ana dulu penuh dgn keseronokan dunia... lepak dgn kawan, tengok wayang, main games, chatting dan etc... banyak perkara2 yg memenuhi nafsu ana lakukan sehinggakan ana mengabaikan tanggungjawab ana sbg seorang kakak dan seorang anak. ana x sedar pun keseronokan yg ana rasakan tu sebenarnya sedang merosakkan diri ana... :'( ...  ana terus di lalaikan dan terus dilalaikan... syaitan yg ditugaskan utk menggoda ana sedang bertepuk2 tangan dan melompat kegirangan melihat kelalaian diri ana.... bila mak ayah tegur jew, ana terus tarik muka dan masuk bilik... kononnya tanda protes... astaghfirullah... lagi sekali syaitan melompat keseronokan...

kelalaian ana berterusan sehinggalah pada suatu masa ALLAH menarik salah seorang adik ana... ketika itu, ana rasa... rasa kesal... sangat kesal sbb ana x menjadi seorang kakak yg baik utk adik2... alhamdulillah waktu itu, ana cuba utk menjadi seorang kakak yg betul2 'kakak' bukan pada nama sahaja... namun, perubahan tu x bertahan lama... mungkin sepanjang perubahan ana itu hanyalah berlandaskan atas tanggungjawab as a kakak sahaja dan tidak lebih dr itu... walaupun ana merasakan kesedaran my responsibility as a sis but ana masih melakukan perkara2 yg 'lagha' (perkara yg x berfaedah) n hubungan ana dgn ALLAH tdk ana pedulikan sangat... kdg2 bila exam, waktu je ana merangkak menghadap Ilahi memohon keampunan... astaghfirullah... rasa sebak bila mengingatkan diri ana yg hina ini di hadapan ALLAH nanti....

Waktu nie x pernah terfikir pun tentang erti hidup... ap yg ana fikir just i need to enjoy myself n success in my life... hmm success in life.... its very subjective right? some people think being a doctor is a success, some people think being an engineer is success, some people think by working in a factory also a success... hmm maybe for certain people  success is when you give a lot than u take... maybe others think success is when u become a rich man... hmm success its very subjective... but among all this kind of success whats the most meaningful and the most successful success????? hmm something to be thought about....

My First Post

alhamdulillah... segala pujian hanya untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam... sangat2 rasa bersyukur kerana ALLAH memberi rasa keinginan yg kuat untuk membuka blog sekali lagi... sebenarnya sebelum nie ada jew blog tp semuanya dah x active...hmm maklum la waktu buka blog tu x da niat yg jelas pun... just 'suka-suka'.... TAPI... skrg kenapa yg still open this new blog??????

hmmm panjang kisahnya... tapi nak dipendekkan cerita... alhamdulillah sekarang nie sy mempunyai objektif yg jelas mengapa  sy harus buat blog!! ... harus yew bukan 'suka-suka'!!! ana rasa banyak jew nikmat ilmu yg ALLAH berikan untuk ana dan ana rasa it is my RESPONSIBILITY utk sharing2 dgn antunna semua... sharing kan caring... <3
hmm walaupun x berapa nak pandai karang ayat2 yg best tp insyaAllah ana akn cuba sebaik mungkin.... semoga perkongsian yg ana berikan ini dpt juga antunna kongsikan kpd saudara2 muslim kita yg lain.... insyaAllah... =)