Wednesday 7 November 2012

diari hati


Mengapa dan bagaimana? 2 persoalan yg harus seorang muslim bertanya pada diri dalam setiap tindakannya. Hari ini aku bersyukur pada Dia yg telah mentakdirkan aku untuk berbicara soal mati selepas solat maghrib bersama teman serumahku. Mati… satu perkataan yg sngat mendalam. Ia membawa terus akal fikiran dan hati ku kepada Yang Satu. Rabbku yang selalu menjagaku. Tiada kebetulan tetapi ia satu ketetapan. Hari ini, Dia mnggerakkan hatiku untuk membaca buku Tombo Hati yg sudah lama berada di rak bilikku.

Hati: "ketahuilah dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh anggota badannya. Dan bila buruk maka buruklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati." (sabda Rasulullah s.a.w.)

Hati adalah raja kepada badan. Apa yang di rasai sentiasa akan membawa kepada pergerakan tubuh badan paling kurang pun mimik muka yg kadang2 terpamer mengikut status hati kita pada waktu itu. Mata merupakan front liner kepada hati. Apa yg dilihat akan di signalkan terus kepada hati. Sbb itu ada pepatah mengatakan, dari mata turun ke hati. Apa2 yg kita lihat secara tidak langsungnya akan masuk ke dalam hati. Mulut dan lidah adalah juru bicara kepada hati. Apa yg dirasai hati, akan terluah di bibir mulut. Telinga yg dianugerahkan Allah pada kita pula adalah alat pendengaran kepada hati. Seperti mata, apa yg didengar itulah yg akan sampai ke hati.  Di dalam manual yg diturunkan Allah kepada kita selalu ada  ayat yg mengaitkan pendengaran,penglihatan dengan hati.

Mata,telinga, lidah… pada zahirnya ia hanyalah pancaindera kepada kita untuk melaksanakan tugasan hairan kita. Tapi dari sudut lahiriahnya, anggota2 ini amat penting untuk menentukan keadaan hati kita.

Sihatkah hati aku hari ini? Sudah cukupkah makanan yg aku berikan pada hatiku?

Things yg suppossedly aku slalu ponder. Hati yg mana aku mahukan? Hati yg sejahtera atau hati yg rosak? Ya Allah, permudahkanlah aku untuk selalu mengingati diri sendiri dan permudahkanlah untuk aku melaksanakan segala tnggungjawabku sebagai abid kepadaMU dan khalifah di muka bumi ini.

p/s - Ya Allah mudahkanlah aku untuk tidak menekan laman web korea selalu…. gantilah click itu dengan laman web islamic…. T___T

Friday 28 September 2012

Assalamualaikum wbt. ,

dah lama rasanya aku tak buka blog nie, bukannya aku sibuk tapi... sekali lagi aku kalah dalam mujahadah aku sendiri ketika aku cuti bersummer. entah kenapa, kali ni aku rasa ingin menyepi dan lari segala tanggungjawab sendiri. merasakan diri aku yg kerdil ini tidak layak untuk terus berlari dalam dunia dakwah yg suci ini. aku rasa berat dan aku rasa diriku tak bersedia. makin lama aku melayan dilema yg sedang bermain di fikiranku ini makin buntu penyelesaian yg aku cari.

bila aku kembali di tanah hijau Ireland ini, aku masih lagi bermonolog dalaman melawan perasaan sendiri, mencari identiti sendiri. pada mulanya, aku ingin terus lari dan berhenti dari berenang melawan sgala onak duri yg penuh dalam jalan dakwah ini. Namun, dengan takdir Ilahi, Dia datangkan seorang sister untuk menampar dan menggoncang2 sekuat2nya hatiku yg sudah lama tidak terisi dengan kemanisan dan keindahan tarbiyah. tamparannya membuatkan mataku berkaca2 dan akhirnya menitiskan titisan air yg sudah lama tidak tertitis kerana Dia.

akhirnya aku mengambil keputusan untuk berfikir kembali keputusanku. Aku mengikuti satu trip menjelajah bumi Allah. Europe..

dalam perjalanan menjelajah bumi Eropah, banyak perkara yang berlaku dan banyak telatah dan gelagat manusia yang aku lihat. biar sahaja segala peristiwa itu menjadi memori dan pengajaran untuk diriku...

cuma di sini ingin ku kongsikan perasaanku, apa yang aku rasa setelah pulang dari berkelana...

aku lihat ke luar jendela,
langit membiru,
awan memutih,
di sebalik awan putih itu,
Engkau pancarkan mentari,
sungguh terang sekali,
hingga menyilaukan mata si pelihatnya,
sinaran mentariMU menyinari bumi indah ini.

aku lihat ke luar jendela,
matahari seolah2 tersenyum,
gembira menjalankan tujuan hidupnya,
mematuhi peraturan Tuhannya.

aku lihat ke luar jendela,
langit dipenuhi burung2,
riang ria berterbangan,
keluarnya ia waktu pagi mencari rezki,
tawakalnya burung tiada keraguan,
yakin sepenuhnya dengan pemberian Tuhannya,

aku lihat ke luar jendela,
gunung-ganang gah berdiri,
mencengkam tanah agar tidak berlari,
agar kehidupan di bumi mampu menjalankan kewajipan diri.

aku lihat ke luar jendela,
aku terlihat pantulan satu wajah,
wajah seorang manusia yang sedang dalam keliruan,
mencari2 jawapan,
apakah yg aku mahukan?
dunia ataupun akhirat?
syurga ataupun neraka?
hamba atau penderhaka?

aku lihat ke luar jendela,
wajah itu kini mengalirkan butir2 jernih air mata,
menangisi kesalahan diri,
menyesali perbuatan diri.

aku lihat ke luar jendela,
wajah itu mengharapkan lagi,
agar Tuhannya mengampuninya,
agar Tuhannya memimpinnya mengharungi segala ujian hidup,
agar Tuhannya menyuntik kembali himmah yg sudah lama menyepi...


pulangnya aku dari trip itu, aku cuba untuk bangun kembali walaupun sudah beberapa kali ku rasakan aku cuba untuk bangun." manusia sentiasa turun naik imannya" sesuatu yang perlu aku ingatkan kepada diriku agar di saat aku larut aku tidak terus berputus asa tapi sebaliknya aku melawan segala bisikan jahat musuhku... Ya Allah, kuatkanlah aku dan pimpinlah aku....



Wednesday 13 June 2012

"bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"


lirik yg begitu menyentuh hatiku tiap kali aku mendengarnya. Ya, bukanlah mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba malah aku masih lagi mencari jiwa kehambaan itu di dalam diriku yg sering kali di hinggap dengan jiwa kefuturan dan kejahiliahan...

cintanya Dia kepada hambaNYA tidak pernah luntur. semakin hari semakin banyak rahmatNYA ku sedari sehingga kelu lidahku kerna keagungan cintaNYA kepada hamba2NYA sehingga aku makin rasa bersalah dan makin sedih dengan diriku yg masih lagi tercungap-cungap bernafas dalam jiwa hamba.. air mata yg diciptaMU Ya Rabb sering jatuh mengalir kerna ku gagal dalam melawan al-Hawa ku.

Ya Allah, untuk ujianMU ini, aku menangis, menangis yg teramat sangat. tapi entah kerana apa aku menangis. adakah kerna ku rasa ujian ini sangat berat? atau pun aku menangis kerna aku gembira kerna Engkau mengujiku sebab Engkau yakin bahwa aku mampu menghadapinya dan Engkau ingin ku kembali dekat dengan MU setelah sekian lama ku makin menjauhiMU sedikit demi sedikit tanpa ku sedari....

setelah satu hari lamanya ku menangis dan berfikir, ku cuba untuk meyakinkan diriku bahwa aku mampu menghadapinya kerna ujian ini datang dari MU Wahai Penciptaku. dan Engkau tidak pernah menzalimi hambaMU malah ujian yg Engkau datangkan ini adalah kerna Engkau ingin aku kembali kepadaMU. Ya Rabb, sesungguhnya Engkau mengetahui betapa rindunya hati ini pada detik pertama ku mengenal MU Ya Wadud. saat itu tidak mungkin aku sekali aku lupakan kerna ia adalah cinta pertama yg begitu indah buatku dan aku ingin mengejarnya kembali Ya Tuhanku.

sebelumku kembali kepadaMU, ingin sekali aku menjadikan setiap penglihatanku, pendengaranku, percakapanku, pergerakanku dan hatiku tunduk kepadaMU sepenuhnya sebagai sebenar-benar hamba. hamba yg sentiasa tunduk dan bersujud pada Tuannya. hamba yg tenggelam dengan cinta MU dan mengharapkan hanya redhaMU........

 

"moga Engkau jumpakan aku dengan jiwa seorang hamba dalam diriku dan matikanlah aku dalam keadaaan yg berserah diri kepadaMU Ya Allah"

Thursday 7 June 2012

summer

alhamdulillah, tahun ini aku di beri kesempatan oleh Tuhanku Yang Maha Pengasih untuk merasai antara nikmatnya yg ada di muka bumi ini iaitu musim yg bernama Summer! mungkin sebelum ini tak pernah aku membayangkan akan tibanya saat ini tapi inilah keindahan tulisan Ilahi yg telah tersurat di Luh Mahfuz yg akhirnya meletakkan aku di bumi Ireland untuk meneruskan perjalanan hidupku sebagai hambaNYA...

dengan rahmatNYA, aku ditakdirkan untuk melangkahkan kakiku ke Tallymore yg letaknya di UK untuk meneruskan usahaku dalam mencari suatu lagi nikmat Ilahi yg bernama tarbiyah. pada mulanya, berat untukku melangkah bukan kerana aku tidak mahu tetapi kerana masalah kewangan yg sedang melanda diriku dan mungkin juga kerana aku tidak minat dalam bercamping... namun, Dialah yg memegang hati2 hamba2NYA dan alhamdulillah Dia masih lagi memberi aku peluang untuk terus melangkah dan melangkah dalam universiti tarbiyah ini. terima kasih Allah atas rahmatMU ini...

perjalananku mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk sampai di tapak perkhemahan. alhamdulillah, Dia memudahkan perjalanan ku bersama-sama dengan 2 org lagi sahabatku dan 2 org sisters yg juga bersama2ku dalam universiti of tarbiyah ini. di sepanjang perjalananku, Dia menyediakan pemandangan2 yg indah untuk tatapan kami bersama, cahaya sinaran sang suria yg menceriakan lagi hari kami. Ya Allah, tidaklah Engkau ciptakan semua ini secara sia2...

aku berada di sana selama 4 hari dan setiap detikku di sana aku cuba untuk merasai tarbiyah dariNYA... tapi kadang2 aku terleka dan lupa diri dek kerana kalah dengan godaan syaitan dan nafsu... namun dengan kehendakNYA, sahabat2 dan sisters di sana sering kali mengingatkan aku tentang niatku, kerana apa ku di sini?? melihat wajah2 mereka, terasa keinginanku dan himmah dalam diriku melonjak-lonjak bersemangat untuk terus dan terus berada dalam D & T. Suci sekali hati2 mereka sehingga kadang2, meremang bulu romaku merasakan suatu rasa yg aku sendiri tidak ada perkataan untuk menggambarkannya... tapi aku percaya Dia lah yg menghantarkan mereka kepadaku untuk mentarbiyah dan membesarkan aku dalam menjadi hambaNYA yg sebenar dan memahami hakikat hidupnya aku di muka bumi ini...

sebelum datangnya aku di summer camp ini,aku cuba untuk meletakkan beberapa niat mengapa aku ingin ke summer camp... antarnya adalah untuk merasai manisnya ukhwah yg terjalin kerana Allah... dan alhamdulillah niatku tercapai dan saat2 dan detik2ku di sana begitu manis bagiku hingga mengalir air mataku bila tiba masanya untuk kami berpisah buat sementara... bertemu dan berpisah kerana Allah... kini aku faham segalanya, insyaAllah mudah2an Allah menambahkan lagi kefahaman dalam diriku yg banyak kekurangan dan kelemahannya...

war game... fuh! suatu yg menarik! ini kali kedua aku bermain... menarik! game yg sangat2 memerlukan penjagaan hati yg rapi! sangat susah untukku menetapkan niatku di sepanjang game ini berlaku, ada sahaja perasaan yg bercampur baur yg datang, kadang2 datang bisikan2 syaitan yg sentiasa ingin melarikan diriku dari niat yg sbenarnya... dalam game ini aku benar2 berharap aku dapat merasai semangat jihad yg membara dan ingin melakukan yg terbaik kerana aku menggambarkan diriku yg sedang berperang untuk menegakkan yg hak dan menumbangkan yg batil... aku membayangkan aku sedang menyahut pnggilan Ilahi untuk menegakkan kalimah syahadahku yg kusaksikan dihadapanNYA dan makhluk2 yg lain... pada mulanya, aku gembira apabila aku ditugaskan untuk menjaga satu tempat yg menjadi tumpuan pihak musuh dan aku memainkan peranan penting dalam mempertahankan panji kebenaran... dan yg paling over, aku juga membayangkan bagaiman aku akan syahid...namun, ketentuan Ilahi mengatasi segalanya walaupun sehebat mana strategi yg telah dibuat, tapi andai kataNYA kumpulanku akan kalah, kami tetap kalah...  sebelum pertempuran yg sebenar berlaku, ada battle yg berlaku antara kedua2 pihak lawan dan alhamdulillah kumpulanku banyak yg memenangi pusingan dan banyak mendapat kelebihan. namun, di saat itu fikiranku tertumpu kepada suatu ayat dalam kitab suci Quran tentang perang Hunain di mana kalahnya umat Islam walaupun jumlah tenteranya sangatlah ramai... ketika itu, hatiku  merasa takut kump. ku akan kalah seperti mana yg berlaku pada umat Islam dalam perang hunain. kata hati aku sebelum ini menjadi hakikat akhirnya kump. aku kalah selepas kurang daripada 1 minit pertempuran berlaku. aku kecewa pada mulanya tapi bukan kerana kump. aku kalah tapi kerna pertempuran itu hanya berlaku sekelip mata sedangkan hatiku mengharapkan suatu yg lebih. malah scene syahid yg aku harapkan juga tidak menjadi kenyataan. di saat aku mengetahui bahwa panji kebenaran aku sudah berada di pihak lawan, aku merasakan semangat aku yg berkobar2 layu selayu-layunya... senyuman terukir di bibir tapi di hati hanya Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya hatiku...
senyuman terukir di bibir tapi di hati hanya Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya hatiku...

tamatnya pertempuran yg sekelip mata itu, fikiranku masih lagi ligat memikirkan apakah yg ingin ditarbiyahkan Allah kepadaku? apakah pengajaran yg Dia ingin ku fahami? dan banyak sahaja kemungkinan yg menghinggap di dadaku. mengapa untuk kali keduanya aku bermain war game ini. pertempurannya hanyalah sekejap sahaja?? adakah niatku tidak benar2 ikhlas atau sebab yg lain?? moga Allah memberi ilham kepadaku akan jawapan terhadap persoalanku ini...

Namun begitu, banyak sharing2 yg dapat aku ambil iktibar daripada sesi feedback yg berlaku dalam kalangan sisters2 yg menghadiri STC ini... Subhanallah, banyak refleksi2 yg menggetarkan hati,jiwa, dan minda yg mungkin sahaja tidak mungkin aku rasai ttp dengan izinNYA dapat ku fahami melalui sisters2 yg dihadiahi Allah kepadaku... Ya Rabb, begitu manis sekali tarbiyah yg datang dariMU... Engkau tidak mendatangkan rasa itu terus kepadaku tapi sebaliknya Engkau memberi mereka kepadaku untuk merasai dan memahami apa yg Engkau ingin berikan kepadaku... terima kasih Tuhanku atas kasih dan sayangMU...

Rabb...
Dialah satu-satunya Tuhanku,
Rabbku adalah ALLAH,
itulah nikmat yg tiada bandingan nilainya...

Rabb...
Dialah Pemeliharaku sepenuh masa,
setiap saat aku sentiasa berada dalam pandanganNYA,
tidak terlepas walaupun sekelip mata,
menjaga keselamatanku,
memberi segala keperluan yg diperlukanku,
memenuhi kehendakku...
tapi... adakalanya kehendakku tidak ditunaikanNYA,
aku terus melatah dan mengeluh tanpa memikirkan sebabnya,
aku lupa,
aku bukanlah pencipta diriku,
tiada upaya untuk menentukan apa yg terbaik untukku,
yang ada hanyalah DIA,
yg menciptakanku dengan penuh ketelitian dan kesempurnaan,
hanya DIAlah yg mengetahui baik buruk ku,
lebih dari diriku sendiri....


Tuesday 29 May 2012

"kasih sayang itu hasil dari sebuah perkenalan"
kalo x kenal maka x cinta... dari mata turun ke hati...
banyak lagi kata2 yg menari tentang cinta... macam2 pengertian tentang makna cinta...

bagiku cinta itu "menyentuh" . cinta itu sentiasa membuat hatiku bergetar. cinta itu memberikan hatiku sentuhan yg luar biasa. cinta itu membuatkan dadaku naik turun. cinta itu suatu yg indah. keindahan yg kemanisannya begitu mengasyikkan. keasyikannya menenggelamkan aku dalam sebuah lautan kasih sayang yg begitu mendalam. kasih sayang yg sangat dalam maknanya. tiada kata2 yg mampu menggambarkan cintaNYA.

melihat ke dalam diriku sahaja mampu membuat hatiku bergetar dan terharu dengan nilai kasih sayangNYA yg luar biasa banyaknya... tidak terkira... terdiam... hanya air mata mampu mengalir dek kerana dalamnya cinta DIA...

melihat hari2 dalam hidupku... begitu banyak naik turun yg ku alami... banyak sahaja kegagalanku dalam membalas cintaNYA... ada sahaja masa2 yg aku lupa akan DIA... kadang2 mungkin sahaja sengaja aku meninggalkanNYA... tapi... DIA tetap di sisiku, menarikku kembali kepadaNYA... mengapa DIA begitu baik terhadapku yg hina ini?  mengapa cinta Dia begitu mendalam? Ya Allah, aku begitu terharu dgn cintaMU sehinggakan ku rasakan diriku tidak layak untuk cintaMU... saban hari, Engkau melihat dan menjagaku tanpa rasa jemu atau jelik dgn tingkah laku ku yg mungkin sahaja mendatangkan kemurkaanMU... tapi Engkau sering sahaja mendatangkan aku, sahabat2 yg sering menghembuskan kata2 indah dari kitab suciMU... yg setiap patah kata menggetarkan jantung hatiku yg sudah lama hilang degupannya... dan Engkau memberiku kembali untuk terus berharap... harapan yg sepatutnya tidak ku biarkan tenggelam dan hanyut dalam kegelapan... Tuhanku, cintaMU cinta yg luar dari jangkauanku untukku menggambarkannya... perasaaan yg Engkau berikanku tidak ada patah kata yg mampu keluarkan... hanya air mata yg laju mengalir dek kerana sucinya cintaMU untuk diriku yg hina ini... Tuhanku, tiada apa lagi yg aku minta selain Engkau ya Rabb... hanya Engkau sahaja yg kuinginkan untuk hatiku... ku mohon kekuatan dariMU untuk terus mendaki dan mengharungi jalan yg penuh onak duri ini walaupun aku sering terjatuh dalam kekotoran lumpur jahiliyah... ku mohon kesabaran dariMU Ya Rabb untuk terus berjuang melawan kejahatan yg ada dalam diriku ini... Ya Rabb, terima kasih kerana menghadirkan ku di dunia ciptaanMU ini... terima kasih atas segalanya, Ya Allah... Tuhanku, hanya kepadaMU aku bergantung dan akan terus bergantung... Moga kembalinya aku kepadaMU membuatMU tersenyum melihatku... Wahai Tuhan yg memegang hatiku, penuhkanlah hatiku hanya dengan cintaMU Ya Ilahi... jadikanlah setiap saat jantungku hanya berdegup dengan namaMU Ya Wadud.....        

Thursday 17 May 2012

sebulan...
kurasakan seperti setahun yg kosong
tiada kemanisan tarbiyah
tiada kemanisan ukhwah
bukan kerana mereka
tapi kerna imanku yg makin hilang dalam kegelapan malam


sebulan...
kurasakan hidupku seperti skuntum bunga yg sedang menghitam menunggu gugurnya ia ke bumi
semakin hari semakin menghitam
tiada tanda2 untuk kembali hidup subur


sebulan...
mereka tidak henti2 datang berkunjung
membawa air siraman agar bunga yg sedang layu ini mula hidup subur kembali
mereka menghantar kiriman ayat2 yg membaja agar bunga ini mendapat kembali semangatnya
mereka terus dan terus berusaha
walaupun bunga ini degil, keras hatinya...


sebulan...
bunga ini terus hanyut dengan kehitaman yg sedang memekat
bunga ini cuba untuk memadamkan karat2 yg menghitamkan ini berseorangan
bunga ini tidak mahu bunga2 lain yg segar dengan kemerahan kelopak mereka tercalit dengan kekotoran hitamnya kelopak bunga yg semakin melayu...


sebulan...
banyak kesakitan yg dirasai
banyak anasir2 jahat yg datang membisikkan aura kejahatan 
agar bunga ini terus melayukan dirinya sendiri
tapi banyak juga bunga2 yg segar didatangkan Dia
untuk memberi semangat agar bunga layu ini untuk terus bertahan
bertahan daripada terus membiarkan hati ini melayu


sebulan...
bunga hitam ini cuba untuk keluar dari kegelapan ini
tapi bunga ini tak tahu bagaimana dan bila masanya
bunga ini takut untuk berdepan dgn bunga2 yg segar berdiri
rasa bersalah yg amat sangat menyelubungi
memikirkan perlakuan dirinya yg menyusahkan mereka yg lain...


sebulan...
bunga layu ini ingin kembali subur
itu kata hatiku
bunga layu ini ingin kembali segar bersama bunga2 yg lain
untuk terus berdiri melawan badai yg melanda
untuk terus berlari mengejar Matlamat yg sama
bunga ini tidak mahu terus jatuh dan jatuh


sebulan...
bunga ini tidak mahu ingkar lagi kepada Tuannya
bunga ini ingin membebaskan diri daripada kurungan yg gelap ini
bunga ini ingin kembali bangkit berdiri menentang anasir2 jahat yg sedang meraja lela...


sebulan...
pada mereka yg sedih akan layunya bunga ini
ku mohon kemaafan kerna membiarkan layunya ia
kini ku ingin kembali menjadi diriku yg dulu
dan memulakan kembali apa yg telahku tinggalkan
sudikah bunga2 yg segar menyinar menerima bunga yg baru ini???

Saturday 5 May 2012

cintaMU Ya Rabb
tiada kesudahannya
tiada kata2 yg mampu menggambarkannya
cinta yg luar biasa
cinta dari Al-Wadud


cintaMU Ya Rabb
cinta yg menyentuh
cinta yg suci
cinta yg membersihkan
cinta Ilahi


cintaMU Ya Rabb
membuka mata hatiku
mengubah kehidupanku 
daripada seorang manusia hipokrit kepada seorang insan yg bermuhasabah akan kelemahan dirinya
menjadikan aku insan yg sentiasa inginkan pembaharuan
insan yg sentiasa berfikir
insan yg saling memperbetulkan dan diperbetulkan 
insan yg sentiasa menangis mengenang dosa2nya


cintaMU Ya Rabb
membuat hatiku sering bersalah di saat jahiliyah datang menyapa
membuat jiwaku meronta
membuat batinku menjerit 
menjerit agar jahiliyah keluar dari hidupku...


cintaMU Ya Rabb
membuatkanku tidak keseorangan
di mana2 sahaja Engkau bersamaku
walaupun di saat itu aku berpaling dariMU
tapi cintaMU tetap datang menyapaku, meniupku lembut,
menarikku kembali kepadaMU dari kegelapan kengerian jahiliah yg dasyat....


cintaMU Ya Rabb
cinta yg tidak ingin aku lepaskan
cinta yg mewarnakan kehidupanku
cinta yg menjadikan aku daripada tiada kepada ada
cinta yg memenuhi kekosongan hidupku
cinta yg mengajarku erti kehidupan
cinta yg mengajarku erti ujian
cinta yg sentiasa ku rindui di saatku jauh dariMU


cintaMU Ya Rabb
cinta yg abadi................................................