Monday 12 March 2012

kita menuju Allah... kita sama2 menuju Allah... tidak perlu pun utk kita bertelagah... mungkin kita harus saling membantu.... ya mungkin kita berlain pemikiran tetapi matlamat kita sama... tidak kiralah mana2 yg mereka pilih tp kita tau yg kita bawak Islam. biarlah kita sama2 bekerja dan biarlah mereka mengetahu kedua2 pemikiran dan biarlah mereka memilih yg mana lebih sesuai kepada mereka...
dakwah itu bermacam2 cara. tidak ada salah dan tidak ada yg betul. semuanya sama sahaja. kita sentiasa mencuba apa yg kita rasa terbaek untuk kita. jgnlah kita membiarkan cara pemikiran kita yg mungkin berbeza ini menjadi penghalang atau melambatkan pergerakan kita menuju matlamat. jgn jadikan perkara ini mengeruhkan ukhwah sesama kita. andai kata ada persoalan timbul di benak hati, eloklah kita menyelesaikannya dengan bertanya daripada kita membuat andaian sendiri...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (49:12)


bila kita melihat sahabat kita cuba membawa Islam, berilah sokongan walaupun cara kita berbeza. dan andai kata membawa Islam bersama-sama, tidak perlu rasanya kita mengatakan kita betul dan dia salah atau sebaliknya. kita hanyalah manusia dan kita hanya mampu merancang, kita tidak ada hak utk mengatakan kita betul dan dia salah. andai benar kita bergerak kerana Allah, setiap apa program yg membawa kepada Islam dan mengikut syariat yg ditetapkan Allah kita perlu memberi sokongan. andai kita cara yg digunakan itu tidak bersesuaian dengan cara kita, baiklah kita tidak perdebatkan perkara ini sebab mungkin cara yg digunakan itu sesuai untuk mereka yg lain. andai kata, kita mahu mereka yg lain untuk mengetahui cara kita maka berusahalah membuat suatu program untuk menerangkan cara anda dan bagilah mereka yg melihat untuk membuat pilihan mereka. tidak perlu mengatakan ia adalah benar ataupun salah... maaf andai kata2 saya mengusik mana2 pihak... tiada niat pun untuk menyinggung sesiapa.. penulisan ini terhasil kerana rasa sedih yg terlahir disebabkan perkara ini... wallahualam...

No comments:

Post a Comment