Thursday 9 February 2012

Ada apa dgn sejarah??? - Part 2

assalamualaikum wbt. buat mereka yg membaca pnulisan ana di blog ini, insyaAllah hari ini akan berkongsi tentang sejarah sebelum perutusan Muhammad s.a.w.

sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. , banyak nabi dan rasul yg Allah turunkan kepada umat2 sebelum kita. contohnya seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, kaum Tsamud (Nabi Salleh) , kaum A'ad (Nabi Hud), kaum Yahudi (Nabi Musa) dan banyak lagi. banyak kisah tentang kaum2 terdahulu yg diceritakan di dalam Al-Quran dan azab yg diturunkan Allah kepada mereka2 zalim.

"Pada mulanya manusia adalah satu umat. Maka Allah mengutuskan para nabi pemberi berita gembira dan peringatan. Dia juga menurunkan kitab-kitab suci yang benar kepada mereka untuk menjalankan hukum di kalangan manusia dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan. Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki-dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar. Allah memberi petunjuk kepada orang beriman dengan izinNya tentang perkara-perkara yang mereka perselisihkan dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus." 
(Al-Baqarah:213)

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Araf : 59)
melihat kembali sejarah kaum2 terdahulu, mereka di ajak untuk menyembah Allah Tuhan Yang Esa dan meninggalkan segala penyembahan nenek moyang yg menyekutukan Allah. seruan demi seruan dilakukakn untuk berdakwah supaya mereka meninggalkan jahiliah dan kembali kepada ALLAH. jika dilihat sejak zaman Nabi Adam lagi, para utusan Allah di utus kepada setiap umat untuk memberi peringatan kepada seluruh manusia supaya kembali kepada Allah walaupun ketika itu seruannya bukanlah menerusi agama Islam tetapi perkara asas yg di bawa adalah seruan tauhid kepada ALLAH Tuhan yang Esa. 

sehinggalah pada zaman jahiliyyah Mekah di mana ketika itu manusia bersatu dalam kebodohan, kebendaan, dan kenikmatan dunia yg sementara, Allah menurunkan  utusan terakhir dengan penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Era Jahiliyyah Mekah - Era kebodohan
ketika zaman ini, manusia dikelilingi dengan perkara2 jahiliah sehinggakan ramai muslimin yg tidak menyedarinya. pada zaman ini, manusia seakan2 sebati dengan jahiliah.
bila dilihat maksud jahiliah yg diertikan kebanyakan manusia tdk sama sperti generasi dahulu dek kerana adanya orientalis2 yg mengubah pemahaman kita terhadap Quran dgn acuan mereka termasuklah pada ideologi dan cara hidup. pada mata umum, jahiliyah selalunya dikaitkan dgn 'zaman arab jahiliah' di mana Islam mula bertapak di situ.

kalo dilihat erti jahiliah secara bahasanya adalah bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan. tapi kalo dilihat waktu zaman itu, masyarakat Arab sudah menguasai kesenian bahasa dan sastera yg tinggi. plus, mereka dah ada sistem kota dan sistem perniagaan yg sangat baik. hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Arab ketika itu bukanlah org2 bodoh dan tdk berpengetahuan.

tapi apabila kita melihat jahiliyah itu dari kaca mata Al-Quran, ia membawa maksud atau merujuk kepada suatu sikap atau keadaan masyarakat umumnya yg bodoh ttg nilai2 Islam. maksudnya mereka ketika itu, bodoh terhadap hakikat penciptaan manusia sbagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. secara ringkasnya, jahiliyah yg dimaksudkan di dalam Quran adalah setiap perbuatan yg tiada Islam di dalamnya.

agak2nya apa antara tindakan2 yg boleh dinamakan jahiliah ek?? hmmm...

"Dan ingatlah ketika Musa kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu agar menyembelih seekor sapi betina." Mereka bertanya, "Apakah engkau akan menjadikan kami sbg ejekan?" Dia Musa menjawab aku berlindung kepada Allah agar tdk termasuk org2 yg bodoh." (2:67)
1- based on this ayat, apa yg dpt di lihat mereka yg digelar bodoh adalah mereka yg tidak patuh akan perintah Allah dan melakukan kerosakan di bumi sewenang2nya......

Yusuf berkata: " Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai drpd memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan drpdku tipu daya mereka, tentu aku akn cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk org2 yg bodoh." (12:33)
2- merujuk kepada sirah Nabi Yusuf tentang godaan2 yg diterima daripada perempuan2 membawa kpd maksiat hati yg akhirnya akan menjerumuskan kita secara sedar atau tidak sedar ke lembah kehinaan dan dosa.

"Apakah hukum jahiliyah yg mereka kehendaki, dan hukum siapakah yg lebih baik drpd hukum Allah bg org2 yg yakin?" (5:50)
3- di sini, secara jelasnya hukum selain drpd hukum yg ditetapkan Allah adalah jahiliyah which mean every undang2 yg ada di muka bumi ini yg tidak berpandukan hukum Allah adalah suatu yg jahil. apabila kita renung2kan sedalam2nya, apabila hukum Allah tidak ditegakkan org yg miskin akan terus miskin dan ditindas manakalah yg kaya terus menikmati kekayaan. tak cukup dgn itu, masalah2 sosial semakin menjadi sehingga mencapai tahap yg lebih teruk dari haiwan sehingga sanggup membunuh anak2, isteri2 dan ahli keluarga sendiri. astaghfirullah..... sungguh sedih bila mengenang keadaan ummah skrg.... 

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti org2 jahiliyah yg dahulu...." (33:33)
4- ayat ini, Allah turunkan utk isteri2 Nabi s.a.w. supaya tidak melakukan tabarruj yakni berhias berlebih-lebihan kerana hal itu juga termasuk dalam perbuatan jahilliyah... sebagai wanita kita, kecantikkan kita hanya halal utk dilihat suami sahaja, jadi berhiaslah bersederhana sahaja hanya cukup utk kelihat kemas dan sejuk mata memandang bukanlah untuk menarik perhatian org....

"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (48:26)
5- sifat angkuh dan sombong serta tdk mahu menerima kebenaran juga adalah salah satu daripada jahilliyah yg dinyatakan di dalam Quran. dan harus diingatkan, sifat angkuh ini adalah sifat iblis yg bongkak. oleh itu, hendaklah kita cuba menjauhinya dan memohon perlindungan drpd Allah. 

6- dan banyak hadith nabi yg menerangkan tentang sikap jahiliah seperti jangan mendekati zina jelas menunjukkan bahawa kemaksiatan merupakan perkara jahilliyah...

7- hadith daripada Abu Dzar menerangkan bahawa mengejek dan menghina org lain juga termasuk dalam sifat jahiliyyah. Dia berkata : "Sesungguhnya saya mengejek seseorang dgn menghina ibunya, maka Rasulullah berkata kepadaku, "Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah org yg masib mempunya sifat jahiliyah" - Muttafaqun Alaih 

hmm jom kita diam sejenak dan beriman dgn ayat2 di atas, masih adakah jahiliah dlm diri kita dan di sekeliling kita??? .... moga Allah memandu kita dalam melihat sesuatu.... wallahualam.... ^_^