Wednesday 7 November 2012

diari hati


Mengapa dan bagaimana? 2 persoalan yg harus seorang muslim bertanya pada diri dalam setiap tindakannya. Hari ini aku bersyukur pada Dia yg telah mentakdirkan aku untuk berbicara soal mati selepas solat maghrib bersama teman serumahku. Mati… satu perkataan yg sngat mendalam. Ia membawa terus akal fikiran dan hati ku kepada Yang Satu. Rabbku yang selalu menjagaku. Tiada kebetulan tetapi ia satu ketetapan. Hari ini, Dia mnggerakkan hatiku untuk membaca buku Tombo Hati yg sudah lama berada di rak bilikku.

Hati: "ketahuilah dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh anggota badannya. Dan bila buruk maka buruklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati." (sabda Rasulullah s.a.w.)

Hati adalah raja kepada badan. Apa yang di rasai sentiasa akan membawa kepada pergerakan tubuh badan paling kurang pun mimik muka yg kadang2 terpamer mengikut status hati kita pada waktu itu. Mata merupakan front liner kepada hati. Apa yg dilihat akan di signalkan terus kepada hati. Sbb itu ada pepatah mengatakan, dari mata turun ke hati. Apa2 yg kita lihat secara tidak langsungnya akan masuk ke dalam hati. Mulut dan lidah adalah juru bicara kepada hati. Apa yg dirasai hati, akan terluah di bibir mulut. Telinga yg dianugerahkan Allah pada kita pula adalah alat pendengaran kepada hati. Seperti mata, apa yg didengar itulah yg akan sampai ke hati.  Di dalam manual yg diturunkan Allah kepada kita selalu ada  ayat yg mengaitkan pendengaran,penglihatan dengan hati.

Mata,telinga, lidah… pada zahirnya ia hanyalah pancaindera kepada kita untuk melaksanakan tugasan hairan kita. Tapi dari sudut lahiriahnya, anggota2 ini amat penting untuk menentukan keadaan hati kita.

Sihatkah hati aku hari ini? Sudah cukupkah makanan yg aku berikan pada hatiku?

Things yg suppossedly aku slalu ponder. Hati yg mana aku mahukan? Hati yg sejahtera atau hati yg rosak? Ya Allah, permudahkanlah aku untuk selalu mengingati diri sendiri dan permudahkanlah untuk aku melaksanakan segala tnggungjawabku sebagai abid kepadaMU dan khalifah di muka bumi ini.

p/s - Ya Allah mudahkanlah aku untuk tidak menekan laman web korea selalu…. gantilah click itu dengan laman web islamic…. T___T

Friday 28 September 2012

Assalamualaikum wbt. ,

dah lama rasanya aku tak buka blog nie, bukannya aku sibuk tapi... sekali lagi aku kalah dalam mujahadah aku sendiri ketika aku cuti bersummer. entah kenapa, kali ni aku rasa ingin menyepi dan lari segala tanggungjawab sendiri. merasakan diri aku yg kerdil ini tidak layak untuk terus berlari dalam dunia dakwah yg suci ini. aku rasa berat dan aku rasa diriku tak bersedia. makin lama aku melayan dilema yg sedang bermain di fikiranku ini makin buntu penyelesaian yg aku cari.

bila aku kembali di tanah hijau Ireland ini, aku masih lagi bermonolog dalaman melawan perasaan sendiri, mencari identiti sendiri. pada mulanya, aku ingin terus lari dan berhenti dari berenang melawan sgala onak duri yg penuh dalam jalan dakwah ini. Namun, dengan takdir Ilahi, Dia datangkan seorang sister untuk menampar dan menggoncang2 sekuat2nya hatiku yg sudah lama tidak terisi dengan kemanisan dan keindahan tarbiyah. tamparannya membuatkan mataku berkaca2 dan akhirnya menitiskan titisan air yg sudah lama tidak tertitis kerana Dia.

akhirnya aku mengambil keputusan untuk berfikir kembali keputusanku. Aku mengikuti satu trip menjelajah bumi Allah. Europe..

dalam perjalanan menjelajah bumi Eropah, banyak perkara yang berlaku dan banyak telatah dan gelagat manusia yang aku lihat. biar sahaja segala peristiwa itu menjadi memori dan pengajaran untuk diriku...

cuma di sini ingin ku kongsikan perasaanku, apa yang aku rasa setelah pulang dari berkelana...

aku lihat ke luar jendela,
langit membiru,
awan memutih,
di sebalik awan putih itu,
Engkau pancarkan mentari,
sungguh terang sekali,
hingga menyilaukan mata si pelihatnya,
sinaran mentariMU menyinari bumi indah ini.

aku lihat ke luar jendela,
matahari seolah2 tersenyum,
gembira menjalankan tujuan hidupnya,
mematuhi peraturan Tuhannya.

aku lihat ke luar jendela,
langit dipenuhi burung2,
riang ria berterbangan,
keluarnya ia waktu pagi mencari rezki,
tawakalnya burung tiada keraguan,
yakin sepenuhnya dengan pemberian Tuhannya,

aku lihat ke luar jendela,
gunung-ganang gah berdiri,
mencengkam tanah agar tidak berlari,
agar kehidupan di bumi mampu menjalankan kewajipan diri.

aku lihat ke luar jendela,
aku terlihat pantulan satu wajah,
wajah seorang manusia yang sedang dalam keliruan,
mencari2 jawapan,
apakah yg aku mahukan?
dunia ataupun akhirat?
syurga ataupun neraka?
hamba atau penderhaka?

aku lihat ke luar jendela,
wajah itu kini mengalirkan butir2 jernih air mata,
menangisi kesalahan diri,
menyesali perbuatan diri.

aku lihat ke luar jendela,
wajah itu mengharapkan lagi,
agar Tuhannya mengampuninya,
agar Tuhannya memimpinnya mengharungi segala ujian hidup,
agar Tuhannya menyuntik kembali himmah yg sudah lama menyepi...


pulangnya aku dari trip itu, aku cuba untuk bangun kembali walaupun sudah beberapa kali ku rasakan aku cuba untuk bangun." manusia sentiasa turun naik imannya" sesuatu yang perlu aku ingatkan kepada diriku agar di saat aku larut aku tidak terus berputus asa tapi sebaliknya aku melawan segala bisikan jahat musuhku... Ya Allah, kuatkanlah aku dan pimpinlah aku....



Wednesday 13 June 2012

"bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"


lirik yg begitu menyentuh hatiku tiap kali aku mendengarnya. Ya, bukanlah mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba malah aku masih lagi mencari jiwa kehambaan itu di dalam diriku yg sering kali di hinggap dengan jiwa kefuturan dan kejahiliahan...

cintanya Dia kepada hambaNYA tidak pernah luntur. semakin hari semakin banyak rahmatNYA ku sedari sehingga kelu lidahku kerna keagungan cintaNYA kepada hamba2NYA sehingga aku makin rasa bersalah dan makin sedih dengan diriku yg masih lagi tercungap-cungap bernafas dalam jiwa hamba.. air mata yg diciptaMU Ya Rabb sering jatuh mengalir kerna ku gagal dalam melawan al-Hawa ku.

Ya Allah, untuk ujianMU ini, aku menangis, menangis yg teramat sangat. tapi entah kerana apa aku menangis. adakah kerna ku rasa ujian ini sangat berat? atau pun aku menangis kerna aku gembira kerna Engkau mengujiku sebab Engkau yakin bahwa aku mampu menghadapinya dan Engkau ingin ku kembali dekat dengan MU setelah sekian lama ku makin menjauhiMU sedikit demi sedikit tanpa ku sedari....

setelah satu hari lamanya ku menangis dan berfikir, ku cuba untuk meyakinkan diriku bahwa aku mampu menghadapinya kerna ujian ini datang dari MU Wahai Penciptaku. dan Engkau tidak pernah menzalimi hambaMU malah ujian yg Engkau datangkan ini adalah kerna Engkau ingin aku kembali kepadaMU. Ya Rabb, sesungguhnya Engkau mengetahui betapa rindunya hati ini pada detik pertama ku mengenal MU Ya Wadud. saat itu tidak mungkin aku sekali aku lupakan kerna ia adalah cinta pertama yg begitu indah buatku dan aku ingin mengejarnya kembali Ya Tuhanku.

sebelumku kembali kepadaMU, ingin sekali aku menjadikan setiap penglihatanku, pendengaranku, percakapanku, pergerakanku dan hatiku tunduk kepadaMU sepenuhnya sebagai sebenar-benar hamba. hamba yg sentiasa tunduk dan bersujud pada Tuannya. hamba yg tenggelam dengan cinta MU dan mengharapkan hanya redhaMU........

 

"moga Engkau jumpakan aku dengan jiwa seorang hamba dalam diriku dan matikanlah aku dalam keadaaan yg berserah diri kepadaMU Ya Allah"

Thursday 7 June 2012

summer

alhamdulillah, tahun ini aku di beri kesempatan oleh Tuhanku Yang Maha Pengasih untuk merasai antara nikmatnya yg ada di muka bumi ini iaitu musim yg bernama Summer! mungkin sebelum ini tak pernah aku membayangkan akan tibanya saat ini tapi inilah keindahan tulisan Ilahi yg telah tersurat di Luh Mahfuz yg akhirnya meletakkan aku di bumi Ireland untuk meneruskan perjalanan hidupku sebagai hambaNYA...

dengan rahmatNYA, aku ditakdirkan untuk melangkahkan kakiku ke Tallymore yg letaknya di UK untuk meneruskan usahaku dalam mencari suatu lagi nikmat Ilahi yg bernama tarbiyah. pada mulanya, berat untukku melangkah bukan kerana aku tidak mahu tetapi kerana masalah kewangan yg sedang melanda diriku dan mungkin juga kerana aku tidak minat dalam bercamping... namun, Dialah yg memegang hati2 hamba2NYA dan alhamdulillah Dia masih lagi memberi aku peluang untuk terus melangkah dan melangkah dalam universiti tarbiyah ini. terima kasih Allah atas rahmatMU ini...

perjalananku mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk sampai di tapak perkhemahan. alhamdulillah, Dia memudahkan perjalanan ku bersama-sama dengan 2 org lagi sahabatku dan 2 org sisters yg juga bersama2ku dalam universiti of tarbiyah ini. di sepanjang perjalananku, Dia menyediakan pemandangan2 yg indah untuk tatapan kami bersama, cahaya sinaran sang suria yg menceriakan lagi hari kami. Ya Allah, tidaklah Engkau ciptakan semua ini secara sia2...

aku berada di sana selama 4 hari dan setiap detikku di sana aku cuba untuk merasai tarbiyah dariNYA... tapi kadang2 aku terleka dan lupa diri dek kerana kalah dengan godaan syaitan dan nafsu... namun dengan kehendakNYA, sahabat2 dan sisters di sana sering kali mengingatkan aku tentang niatku, kerana apa ku di sini?? melihat wajah2 mereka, terasa keinginanku dan himmah dalam diriku melonjak-lonjak bersemangat untuk terus dan terus berada dalam D & T. Suci sekali hati2 mereka sehingga kadang2, meremang bulu romaku merasakan suatu rasa yg aku sendiri tidak ada perkataan untuk menggambarkannya... tapi aku percaya Dia lah yg menghantarkan mereka kepadaku untuk mentarbiyah dan membesarkan aku dalam menjadi hambaNYA yg sebenar dan memahami hakikat hidupnya aku di muka bumi ini...

sebelum datangnya aku di summer camp ini,aku cuba untuk meletakkan beberapa niat mengapa aku ingin ke summer camp... antarnya adalah untuk merasai manisnya ukhwah yg terjalin kerana Allah... dan alhamdulillah niatku tercapai dan saat2 dan detik2ku di sana begitu manis bagiku hingga mengalir air mataku bila tiba masanya untuk kami berpisah buat sementara... bertemu dan berpisah kerana Allah... kini aku faham segalanya, insyaAllah mudah2an Allah menambahkan lagi kefahaman dalam diriku yg banyak kekurangan dan kelemahannya...

war game... fuh! suatu yg menarik! ini kali kedua aku bermain... menarik! game yg sangat2 memerlukan penjagaan hati yg rapi! sangat susah untukku menetapkan niatku di sepanjang game ini berlaku, ada sahaja perasaan yg bercampur baur yg datang, kadang2 datang bisikan2 syaitan yg sentiasa ingin melarikan diriku dari niat yg sbenarnya... dalam game ini aku benar2 berharap aku dapat merasai semangat jihad yg membara dan ingin melakukan yg terbaik kerana aku menggambarkan diriku yg sedang berperang untuk menegakkan yg hak dan menumbangkan yg batil... aku membayangkan aku sedang menyahut pnggilan Ilahi untuk menegakkan kalimah syahadahku yg kusaksikan dihadapanNYA dan makhluk2 yg lain... pada mulanya, aku gembira apabila aku ditugaskan untuk menjaga satu tempat yg menjadi tumpuan pihak musuh dan aku memainkan peranan penting dalam mempertahankan panji kebenaran... dan yg paling over, aku juga membayangkan bagaiman aku akan syahid...namun, ketentuan Ilahi mengatasi segalanya walaupun sehebat mana strategi yg telah dibuat, tapi andai kataNYA kumpulanku akan kalah, kami tetap kalah...  sebelum pertempuran yg sebenar berlaku, ada battle yg berlaku antara kedua2 pihak lawan dan alhamdulillah kumpulanku banyak yg memenangi pusingan dan banyak mendapat kelebihan. namun, di saat itu fikiranku tertumpu kepada suatu ayat dalam kitab suci Quran tentang perang Hunain di mana kalahnya umat Islam walaupun jumlah tenteranya sangatlah ramai... ketika itu, hatiku  merasa takut kump. ku akan kalah seperti mana yg berlaku pada umat Islam dalam perang hunain. kata hati aku sebelum ini menjadi hakikat akhirnya kump. aku kalah selepas kurang daripada 1 minit pertempuran berlaku. aku kecewa pada mulanya tapi bukan kerana kump. aku kalah tapi kerna pertempuran itu hanya berlaku sekelip mata sedangkan hatiku mengharapkan suatu yg lebih. malah scene syahid yg aku harapkan juga tidak menjadi kenyataan. di saat aku mengetahui bahwa panji kebenaran aku sudah berada di pihak lawan, aku merasakan semangat aku yg berkobar2 layu selayu-layunya... senyuman terukir di bibir tapi di hati hanya Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya hatiku...
senyuman terukir di bibir tapi di hati hanya Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya hatiku...

tamatnya pertempuran yg sekelip mata itu, fikiranku masih lagi ligat memikirkan apakah yg ingin ditarbiyahkan Allah kepadaku? apakah pengajaran yg Dia ingin ku fahami? dan banyak sahaja kemungkinan yg menghinggap di dadaku. mengapa untuk kali keduanya aku bermain war game ini. pertempurannya hanyalah sekejap sahaja?? adakah niatku tidak benar2 ikhlas atau sebab yg lain?? moga Allah memberi ilham kepadaku akan jawapan terhadap persoalanku ini...

Namun begitu, banyak sharing2 yg dapat aku ambil iktibar daripada sesi feedback yg berlaku dalam kalangan sisters2 yg menghadiri STC ini... Subhanallah, banyak refleksi2 yg menggetarkan hati,jiwa, dan minda yg mungkin sahaja tidak mungkin aku rasai ttp dengan izinNYA dapat ku fahami melalui sisters2 yg dihadiahi Allah kepadaku... Ya Rabb, begitu manis sekali tarbiyah yg datang dariMU... Engkau tidak mendatangkan rasa itu terus kepadaku tapi sebaliknya Engkau memberi mereka kepadaku untuk merasai dan memahami apa yg Engkau ingin berikan kepadaku... terima kasih Tuhanku atas kasih dan sayangMU...

Rabb...
Dialah satu-satunya Tuhanku,
Rabbku adalah ALLAH,
itulah nikmat yg tiada bandingan nilainya...

Rabb...
Dialah Pemeliharaku sepenuh masa,
setiap saat aku sentiasa berada dalam pandanganNYA,
tidak terlepas walaupun sekelip mata,
menjaga keselamatanku,
memberi segala keperluan yg diperlukanku,
memenuhi kehendakku...
tapi... adakalanya kehendakku tidak ditunaikanNYA,
aku terus melatah dan mengeluh tanpa memikirkan sebabnya,
aku lupa,
aku bukanlah pencipta diriku,
tiada upaya untuk menentukan apa yg terbaik untukku,
yang ada hanyalah DIA,
yg menciptakanku dengan penuh ketelitian dan kesempurnaan,
hanya DIAlah yg mengetahui baik buruk ku,
lebih dari diriku sendiri....


Tuesday 29 May 2012

"kasih sayang itu hasil dari sebuah perkenalan"
kalo x kenal maka x cinta... dari mata turun ke hati...
banyak lagi kata2 yg menari tentang cinta... macam2 pengertian tentang makna cinta...

bagiku cinta itu "menyentuh" . cinta itu sentiasa membuat hatiku bergetar. cinta itu memberikan hatiku sentuhan yg luar biasa. cinta itu membuatkan dadaku naik turun. cinta itu suatu yg indah. keindahan yg kemanisannya begitu mengasyikkan. keasyikannya menenggelamkan aku dalam sebuah lautan kasih sayang yg begitu mendalam. kasih sayang yg sangat dalam maknanya. tiada kata2 yg mampu menggambarkan cintaNYA.

melihat ke dalam diriku sahaja mampu membuat hatiku bergetar dan terharu dengan nilai kasih sayangNYA yg luar biasa banyaknya... tidak terkira... terdiam... hanya air mata mampu mengalir dek kerana dalamnya cinta DIA...

melihat hari2 dalam hidupku... begitu banyak naik turun yg ku alami... banyak sahaja kegagalanku dalam membalas cintaNYA... ada sahaja masa2 yg aku lupa akan DIA... kadang2 mungkin sahaja sengaja aku meninggalkanNYA... tapi... DIA tetap di sisiku, menarikku kembali kepadaNYA... mengapa DIA begitu baik terhadapku yg hina ini?  mengapa cinta Dia begitu mendalam? Ya Allah, aku begitu terharu dgn cintaMU sehinggakan ku rasakan diriku tidak layak untuk cintaMU... saban hari, Engkau melihat dan menjagaku tanpa rasa jemu atau jelik dgn tingkah laku ku yg mungkin sahaja mendatangkan kemurkaanMU... tapi Engkau sering sahaja mendatangkan aku, sahabat2 yg sering menghembuskan kata2 indah dari kitab suciMU... yg setiap patah kata menggetarkan jantung hatiku yg sudah lama hilang degupannya... dan Engkau memberiku kembali untuk terus berharap... harapan yg sepatutnya tidak ku biarkan tenggelam dan hanyut dalam kegelapan... Tuhanku, cintaMU cinta yg luar dari jangkauanku untukku menggambarkannya... perasaaan yg Engkau berikanku tidak ada patah kata yg mampu keluarkan... hanya air mata yg laju mengalir dek kerana sucinya cintaMU untuk diriku yg hina ini... Tuhanku, tiada apa lagi yg aku minta selain Engkau ya Rabb... hanya Engkau sahaja yg kuinginkan untuk hatiku... ku mohon kekuatan dariMU untuk terus mendaki dan mengharungi jalan yg penuh onak duri ini walaupun aku sering terjatuh dalam kekotoran lumpur jahiliyah... ku mohon kesabaran dariMU Ya Rabb untuk terus berjuang melawan kejahatan yg ada dalam diriku ini... Ya Rabb, terima kasih kerana menghadirkan ku di dunia ciptaanMU ini... terima kasih atas segalanya, Ya Allah... Tuhanku, hanya kepadaMU aku bergantung dan akan terus bergantung... Moga kembalinya aku kepadaMU membuatMU tersenyum melihatku... Wahai Tuhan yg memegang hatiku, penuhkanlah hatiku hanya dengan cintaMU Ya Ilahi... jadikanlah setiap saat jantungku hanya berdegup dengan namaMU Ya Wadud.....        

Thursday 17 May 2012

sebulan...
kurasakan seperti setahun yg kosong
tiada kemanisan tarbiyah
tiada kemanisan ukhwah
bukan kerana mereka
tapi kerna imanku yg makin hilang dalam kegelapan malam


sebulan...
kurasakan hidupku seperti skuntum bunga yg sedang menghitam menunggu gugurnya ia ke bumi
semakin hari semakin menghitam
tiada tanda2 untuk kembali hidup subur


sebulan...
mereka tidak henti2 datang berkunjung
membawa air siraman agar bunga yg sedang layu ini mula hidup subur kembali
mereka menghantar kiriman ayat2 yg membaja agar bunga ini mendapat kembali semangatnya
mereka terus dan terus berusaha
walaupun bunga ini degil, keras hatinya...


sebulan...
bunga ini terus hanyut dengan kehitaman yg sedang memekat
bunga ini cuba untuk memadamkan karat2 yg menghitamkan ini berseorangan
bunga ini tidak mahu bunga2 lain yg segar dengan kemerahan kelopak mereka tercalit dengan kekotoran hitamnya kelopak bunga yg semakin melayu...


sebulan...
banyak kesakitan yg dirasai
banyak anasir2 jahat yg datang membisikkan aura kejahatan 
agar bunga ini terus melayukan dirinya sendiri
tapi banyak juga bunga2 yg segar didatangkan Dia
untuk memberi semangat agar bunga layu ini untuk terus bertahan
bertahan daripada terus membiarkan hati ini melayu


sebulan...
bunga hitam ini cuba untuk keluar dari kegelapan ini
tapi bunga ini tak tahu bagaimana dan bila masanya
bunga ini takut untuk berdepan dgn bunga2 yg segar berdiri
rasa bersalah yg amat sangat menyelubungi
memikirkan perlakuan dirinya yg menyusahkan mereka yg lain...


sebulan...
bunga layu ini ingin kembali subur
itu kata hatiku
bunga layu ini ingin kembali segar bersama bunga2 yg lain
untuk terus berdiri melawan badai yg melanda
untuk terus berlari mengejar Matlamat yg sama
bunga ini tidak mahu terus jatuh dan jatuh


sebulan...
bunga ini tidak mahu ingkar lagi kepada Tuannya
bunga ini ingin membebaskan diri daripada kurungan yg gelap ini
bunga ini ingin kembali bangkit berdiri menentang anasir2 jahat yg sedang meraja lela...


sebulan...
pada mereka yg sedih akan layunya bunga ini
ku mohon kemaafan kerna membiarkan layunya ia
kini ku ingin kembali menjadi diriku yg dulu
dan memulakan kembali apa yg telahku tinggalkan
sudikah bunga2 yg segar menyinar menerima bunga yg baru ini???

Saturday 5 May 2012

cintaMU Ya Rabb
tiada kesudahannya
tiada kata2 yg mampu menggambarkannya
cinta yg luar biasa
cinta dari Al-Wadud


cintaMU Ya Rabb
cinta yg menyentuh
cinta yg suci
cinta yg membersihkan
cinta Ilahi


cintaMU Ya Rabb
membuka mata hatiku
mengubah kehidupanku 
daripada seorang manusia hipokrit kepada seorang insan yg bermuhasabah akan kelemahan dirinya
menjadikan aku insan yg sentiasa inginkan pembaharuan
insan yg sentiasa berfikir
insan yg saling memperbetulkan dan diperbetulkan 
insan yg sentiasa menangis mengenang dosa2nya


cintaMU Ya Rabb
membuat hatiku sering bersalah di saat jahiliyah datang menyapa
membuat jiwaku meronta
membuat batinku menjerit 
menjerit agar jahiliyah keluar dari hidupku...


cintaMU Ya Rabb
membuatkanku tidak keseorangan
di mana2 sahaja Engkau bersamaku
walaupun di saat itu aku berpaling dariMU
tapi cintaMU tetap datang menyapaku, meniupku lembut,
menarikku kembali kepadaMU dari kegelapan kengerian jahiliah yg dasyat....


cintaMU Ya Rabb
cinta yg tidak ingin aku lepaskan
cinta yg mewarnakan kehidupanku
cinta yg menjadikan aku daripada tiada kepada ada
cinta yg memenuhi kekosongan hidupku
cinta yg mengajarku erti kehidupan
cinta yg mengajarku erti ujian
cinta yg sentiasa ku rindui di saatku jauh dariMU


cintaMU Ya Rabb
cinta yg abadi................................................

Wednesday 2 May 2012



"Allah,Allah,Allah "
You always hear me.
"Allah,Allah,Allah"
You always see me.
"Allah,Allah,Allah"
 You always give me hope
"Allah,Allah,Allah"
You always be with me.
"Allah,Allah,Allah"
I do love You with all my heart
"Allah, Allah,Allah"
I do want to obey you with a true feeling of a servant,
do all things that You like
leave all things that You don't like 


"Allah,Allah,Allah"
I thought changing will be easier 
but it's not
its really tough,
yes its getting tougher and tougher
 "Allah,Allah,Allah"
its easy for me at first
but yet i always heard that people say its hard
which i wonder how hard it is since it easy for me to left all of my jahiliyah
but today You show me
it is very hard to leave all this jahiliyah
"Allah,Allah,Allah"
I'm sorry for whining when You make all things easier for me
and now when You test me with my old jahiliyah back
I'm still whining and sometimes I felt to give up on trying
why i act like this?? i always ask myself
i dont want to be back like the old me with all the bad and negative things
'i wanna be a new me! a servant who has her Creator's name on her heart!
I will not give up!!! I will change myself even though its hard!!!
"Allah,Allah,Allah"
i know You know what's inside my heart
and You know how much I want to change myself
and You know that I always not really pushing myself to change
but You know that I always put  hope to change even though its might be slow
but  i really wanna change
maybe just my effort doesnt show what my heart want
i know its my fault
i know i can't follow all this blind desire which will never end if i just let it come and control me!!!
i have to fight! fight till the end!
"Allah,Allah,Allah"
even though how much i want but just with Your Mercy i will have the strength to fight
just You can make me strong
and I know You always be with me
I know You will guide me to Your path
to Your Paradise
"Allah,Allah,Allah"
My Creator, My Allah,
Thank You for this world,
Thank You for this life,
Thank You for everything...


p/s > i always love You and always... insyaAllah  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday 27 April 2012



Ya Allah
hatiku sakit
sakit yg dtg kerna kelemahan dan kesilapanku sendiri
sakit yg aku sendiri mencarinya
sakit yg aku biarkan
sakit yg aku sendiri tidak mengerti rasanya
sakit yg membuatkan hari2ku kosong
sakit yg menyeksakanku
sakit!sakit! dan sakit!

Ya Allah
mengapa dgn diriku ini?
aku sedar akan kesakitannya
tp mengapa aku masih membiarkannya
mengapa masih lagi aku bergelumang dgn virusnya
mengapa aku sering kali kalah
Ya Rabb
bantuku 
bantuku untuk teruskan mujahadahku
ku tidak ingin terus lemas dalam lautan virus yg menyakitkan ini
aku tidak ingin jauh dariMU
aku tidak ingin lawan akan fitrahku sebagai hambaMU
aku tidak ingin ingkar akan setiap perintahMU

Ya Allah
sudah berapa banyak nikmat yg Engkau berikan
sudah berapa banyak keingkaran yg ku lakukan
tapi kasihMU sering dtg menyapaku 
tapi peringatanMU sering membisik ke telinga hatiku
Ya Rabb
Engkaulah Tuhan yg memberi rahmat yg meluas kepada makhlukMU
masih adakah ruang untukku terus bersujud kembali kepadaMU
masih adakah ruang untukku untuk mengejar cinta dan redhaMU
Ya Rabb
kuatkanlah aku
tunjukkanlah aku penawarnya 
kurniakanlah aku kekuatan untuk menelan kepahitannya
agar pada akhirnya
Engkau tersenyum menerima kepulanganku nanti...
Ya  Allah
penuhkanlah hatiku dgn cintaMU.... 

Tuesday 17 April 2012

di manakah fitrah dalam dirimu wahai manusia????

fitrah manusia itu adalah untuk kembali kepada Tuhannya. setiap manusia suka akan kebaikan walaupun dia adalah sejahat-jahat mana pun, pada suatu masa akan ada sahaja saat seseorang akan berhenti dan memikirkan apakah tujuan dia dihidupkan di muka bumi ini...


namun pada zaman kini yg di mana sahaja tempat, kebaikan itu telah disekularkan kaitannya dengan agama termasuk juga org yg menggelarkan diri mereka seorang Muslim... hari ini, kebaikan itu dikatakan suatu yg normal yg memang wujud dalam diri manusia sejak lahir lagi... inilah yg dimaksudkan dengan fitrah dan memang fitrah manusia itu menyukai kebaikan itu... namun masih lagi ada mereka-mereka yg tertindas, masih ada mereka-mereka yg berada dalam kelaparan dan masih banyak lagi kezaliman yg berlaku... bukankah dikatakan kebaikan itu memang berada dalam diri manusia tapi mengapa masih wujud keadaan2 seperti ini???


keadaan ini berlaku bila manusia bertindak dengan sebebas-bebasnya mengikut kehendak nafsu serakah yg tidak dikawal dan dididik dengan cara yg sepatutnya yakni apabila seseorang itu tidak mengikut fitrahnya sebagai manusia. 


"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) "ugama Allah" - iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (30:30)


dalam ayat ini, Allah sudah menerangkan bahawa manusia diciptakan secara semulajadinya untuk mengikut agama Allah ini yakni Islam. dan apabilah fitrah yang sepatutnya ada dalam diri manusia ini  tidak diikuti berlakulah bermacam-macam kezaliman dan kerosakan yg sedang berlaku di abad ini. manusia seolah-seolah sudah tidak berhati perut sehingga membuang bayi yg baru dilahirkan, manusia seolah-seolah bernafsu seperti binatang hinggakan anak sendiri dirogol sedangkan binatang pun mampu untuk menyayangi anaknya... apa yg sedang terjadi dengan manusia sekarang ini???

di mana fitrah kebaikan yg sepatutnya ada pada diri mereka??? mengapa manusia sekarang seolah-olah menghambakan diri kepada nafsu mereka???
mengapa???

kerana manusia lupa! lupa pada sejarah penciptaan mereka! mereka seolah seperti anak kecil yg berseronok dengan alat-alat permainan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling! leka! leka dengan masa yang sentiasa berjalan dan meninggalkan mereka! terus bermain dan terus bermain tanpa sedar akan tibanya hari di mana mereka akan hilang segala alat2 permainan mereka yg selalu mereka sibukkan! hari di mana mereka akan tersedar tentang hakikat sebenarnya! hari di mana mereka akan meraung! menangis! menyesali kelekaan mereka!!!!!!!!!!

 alangkah sedihnya manusia apabila mereka masih lagi di buai mimpi dan hidup dengan angan2 yg kosong!! angan2 yg akan lenyap apabila tiba masanya!
bangunlah wahai manusia!!! buanglah segala alat2 permainanmu yg melalaikanmu daripada destinasimu! carilah kembali jalan pulangmu!!! jalan pulang yg abadi!!! jalan pulang yang hakiki!!!


Sunday 1 April 2012

Menjadi HambaMU...

menjadi hambaMU
ku rasa bahagia
jiwa ku tenang
walaupun beribu beban dibahuku
kerna ku tahu
Kau ada bersamaku...

menjadi hambaMU
suatu nikmat yang tak terkira
walaupun aku masih lagi tercari-cari dalam diriku di mana sifat kehambaanku,
namun ku tahu Engkau tak akan sia-siakan pencarianku...

Menjadi hambaMU 
menghidupkan kehidupanku
menyerikan setiap denyutan nadiku
mengalirkan kemanisannya ke seluruh tubuhku...

Menjadi hambaMU
Ya Allah
tangisan air mataku sentiasa mengalir mengenangkan betapa besarnya nikmatMU,
terhadap diriku yang hina dan sering bermandikan lumpur jahiliyah ini...

menjadi hambaMU
sentiasa memberi harapan untukku 
dalam meneruskan perjuangan
perjuang dalam mencantas segala jahiliyah yang ada dalam diri ini mahupun di luar...

menjadi hambaMU 
Ya Allah
rahmat sepenuh langit dan bumi
Engkau berikan kepadaku
acapkali aku terjauh ke dalam gelumang maksiat
acapkali juga Engkau datangkan rasa bersalah menyelubungi diri ini
hinggakan tersujud aku menangisi kesilapan diriku yang lemah ini...

menjadi hambaMU...
Ya Allah...
hanya menjadi hambaMU...

Monday 26 March 2012

merenung ke dalam diri yang penuh hina ini, banyak kekurangan dan kelemahan yang kadang2 membuatkan aku kecewa dengan diriku sendiri. setiap kali aku merasakan diriku kembali kepada jahiliah lamaku, aku seakan merasakan seakan-akan bergunung-gunung  dosa menghempap diriku. aku selalu memarahi diriku dan kecewa dengan diriku dan sering kali aku berputus asa dengan diriku yang sering bertaubat tapi sering juga melakukan dosa yang sama kembali... entah mengapa aku merasakan diriku ini tiada harapan untuk berubah menjadi seorang hamba Allah yang baik. aku menangis dan terus menangis merasakan diri aku yang penuh dengan dosa-dosa ini tidak mungkin dapat mencium bau syurga apatah lagi bertemu dengan Allah, Tuhanku yang selalu ku rindui untuk bertemu denganNYA. tapi dengan keputusan asa aku ini tidak dapat mengubah apa2 pun dan hidup aku seakan tidak bernyawa walaupun aku melakukan aktiviti2 seharianku. aku seolah bangkai yang bergerak tanpa arah tujuan. hidup aku gelap. gelap gelita yang tiada sedikit cahaya pun.  


aku merasakan tindakanku ini sangat salah. keputus asaan aku ini membuatkan hidup aku ini seperti dalam satu kebohongan. aku masih nampak jalan yang satu ini. jalan yang penuh dengan cahaya. jalan yang selama ini aku ingin menitinya. jalan yang membawa ku kepada satu kehidupan. kehidupan yang bertuhankan Tuhan Yang Maha Penyayang. Ya Allah, ampunkan aku kerna berputus asa terhadap rahmatMU yang luas. ampuni aku kerana keputusan asa ku terhadap diriku. Sesungguhnya tiada tempat lain yang dapat aku bergantung selain dariMU. RahmatMU yang luas memberi aku suatu sinar untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hidupku. aku tahu perjalanan yang aku tempuh ini akan datang banyak ujian dan halangan. mungkin saja aku akan terjatuh kembali ke dalam lubuk hitamku tapi aku masih mengharapkan belas kasihanMU terhadapku hambaMU yang lemah lagi hina ini Ya Allah. 


"Tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkanMU Ya Allah, Maha suci Engkau, aku telah menzalimi diriku"
selamatkanlah aku Ya Allah daripada kezaliman yang ku akui aku sendiri yang memilihnya. sucikanlah aku Ya Allah, bersihkanlah aku Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah... keluarkanlah aku dari penjara jahiliah ini yang selalu datang menghimpit hidupku... T_T 

Tuesday 20 March 2012

tentang DIA...

alhamdulillah, hari ini sekali lagi Dia Yang Maha Penyayang memberi nikmat hidup untukku terus bernafas dgn udara yg dikurniakanNYA dengan kadar yg secukupnya. Dia menjadikan oksigen dan gas2 lain untuk kehidupan semua makhluk2NYA sememangnya cukup dan setiap makhlukNYA tak perlu pun beratur atau berebut-rebut mendapatkan bekalan oksigen. setiap masa dan di mana-mana sahaja kita dapat bernafas bersama mereka (makhluk2 hidup) yang lain. Tak pernah sekali pun, Dia meminta wang dari kita dan tidak pernah sekali pun Dia membiarkan kita lemas tanpa udara. Kita hidup dalam lautan udara ciptaanNYA secara percuma tanpa perlu ada bayaran apa2 pun... tidak pantaskah DIA untuk kita sujud menyembahNYA dan sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA hanya dengan melafazkan "Alhamdulillah" ??? 

Dia,
Dialah Pencipta Agung,
Yang menciptakan langit dan bumi dalam 7 hari,
Mengapa tidak dalam satu hari atau mengapa tidak dalam sekelip mata sahaja?
Yang menciptakan siang dan kemudian beransur-ansur senja dan kemudian beransur-ansur menjadi malam yang gelap gelita,
Mengapa perlu beransur-ansur? 
Yang menciptakan manusia secara berperingkat-peringkat,
Bermula dengan 'nutfah' diikuti 'alaqah' diikuti 'mudghah' diikuti ' izam dan lahm' diikuti 'Nasy'ah khalqan akhar' dan yang terakhir 'nafkhur-ruh',
Mengapa tidak sahaja Dia menciptakan kita sekaligus?
Mengapa semuanya berperingkat? sedangkan Dia mampu menjadikan semuanya dalam sekelip mata sahaja,
Kerna Dia ingin mengajar manusia,
Tentang setiap penghijrahan atau perubahan bukanlah mudah,
Perubahan tak dapat dilakukan dalam sekelip mata tetapi ia memakan masa,
Perubahan juga tidak mampu berlaku dengan hanya berpeluk tubuh tanpa usaha,
sedangkan untuk mendatangkan malam, matahari bergerak ke arah barat,
sedangkan untuk untuk terjadinya planet2, langit dan bumi, berlakunya satu perpisahan,
sedangkan terciptanya manusia, dengat perlumbaan dan pengembaraan beribu-ribu sperma mencari ovumnya,
Semuanya memerlukan usaha,
Itulah sunatullah yang telah ditetapkan, 
Dari Dia Yang Maha Luas IlmuNya.

~sesungguhnya tidaklah dalam setiap penciptaanNYA adalah sia-sia~
kita, manusia diangkat Allah dari sebahagian makhlukNYA yang lain dengan adanya akal fikiran, carilah DIA daripada kita mencari dia kerna DIAlah yang membuatkan kita hidup di muka bumi milikNYA... hanya dengan kasih dan sayang DIA kita hidup... 
maaf atas segala kekurangan...diri ini hanya ingin berkongsi rasa di hati... teruskanlah berusaha untuk mencari DIA dan bawalah bersama mereka2 yang lain... :)

Wednesday 14 March 2012

suratku kepada DIA...

alhamdulillah... hari ini 14 Mac 2012 genap usiaku 21 tahun... hmm semakin meningkat usiaku... tp bagaimana amalku??... sudah 21 tahun aku menjadi manusia, tapi berapa tahunkah yang aku betul2 menjadi hamba kepada ALLAH? kesyukuran yg tidak terhingga atas segala nikmatNYA yg terlalu banyak hinggakan x terkira....

Ya Allah, Engkau memberi aku kehidupan walaupun hanya seketika aku benar2 menjadi hambaMU dan di ketika2 yg lain aku lalai dalam mengingatiMU.... Ya Allah dari aku di alam roh lagi Engkau melihatku. kemudia Engkau tiupkan rohku ke dalam satu jasad. sebelumku dilahirkan ke dunia, Engkau tidurkan aku di dalam rahim seorang hambaMu yg bergelar ibu... selama 9 bulan, Engkau menjaga dan membentukku. selama 9 bulan itu juga Engkau meyalurkan makanan2 yg jasadku perlukan melalu tali pusat yg Engkau ciptakan yang menghubungkan aku dangan ibuku. Engkau menguatkan ibuku untuk terus mengandungkan ku dan Engkau menguatkannya ketika ibuku menahan kesakitan melahirkanku. tepat tanggal 14 Mac 1991, dengan izinMU Ya Allah, Engkau mengeluarkanku dalam bentuk seorang bayi yg sangat comel. Engkau jadikan setiap pancainderaku cukup sempurna. kemudian, bila doktor yg menyambut kelahiranku memukul buntutku, Engkau kurniakan ilham untukku menangis... alhamdulillah tangisanku itu menyenangkan hati2 hamba2Mu yg sedang di situ menyambut kedatanganku di duniaMu. Engkau membuatkan ibuku yg masih merasai kesakitan itu tersenyum apabila melihatku... Ya Allah sehingga kini ketika usiaku genap 21 tahun Engkau masih lagi menjagaku, merawatku, melindungiku dan Engkau tidak pernah pun membiarkanku. Engkau menyusun atur hidupku dengan cukup sempurna sehingga tiada apa lagi yg aku mampu minta dariMU. Cukuplah sekadar aku memohon kekuatan untukku terus mencintaiMU dan mengharapkan redhaMU menemaniku hingga pertemuanku denganMU yg abadi nanti... Ya Allah aku mencintaiMu sepenuh hatiku dan aku rindukan kampung halamanku yg abadi.....

Monday 12 March 2012

kita menuju Allah... kita sama2 menuju Allah... tidak perlu pun utk kita bertelagah... mungkin kita harus saling membantu.... ya mungkin kita berlain pemikiran tetapi matlamat kita sama... tidak kiralah mana2 yg mereka pilih tp kita tau yg kita bawak Islam. biarlah kita sama2 bekerja dan biarlah mereka mengetahu kedua2 pemikiran dan biarlah mereka memilih yg mana lebih sesuai kepada mereka...
dakwah itu bermacam2 cara. tidak ada salah dan tidak ada yg betul. semuanya sama sahaja. kita sentiasa mencuba apa yg kita rasa terbaek untuk kita. jgnlah kita membiarkan cara pemikiran kita yg mungkin berbeza ini menjadi penghalang atau melambatkan pergerakan kita menuju matlamat. jgn jadikan perkara ini mengeruhkan ukhwah sesama kita. andai kata ada persoalan timbul di benak hati, eloklah kita menyelesaikannya dengan bertanya daripada kita membuat andaian sendiri...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (49:12)


bila kita melihat sahabat kita cuba membawa Islam, berilah sokongan walaupun cara kita berbeza. dan andai kata membawa Islam bersama-sama, tidak perlu rasanya kita mengatakan kita betul dan dia salah atau sebaliknya. kita hanyalah manusia dan kita hanya mampu merancang, kita tidak ada hak utk mengatakan kita betul dan dia salah. andai benar kita bergerak kerana Allah, setiap apa program yg membawa kepada Islam dan mengikut syariat yg ditetapkan Allah kita perlu memberi sokongan. andai kita cara yg digunakan itu tidak bersesuaian dengan cara kita, baiklah kita tidak perdebatkan perkara ini sebab mungkin cara yg digunakan itu sesuai untuk mereka yg lain. andai kata, kita mahu mereka yg lain untuk mengetahui cara kita maka berusahalah membuat suatu program untuk menerangkan cara anda dan bagilah mereka yg melihat untuk membuat pilihan mereka. tidak perlu mengatakan ia adalah benar ataupun salah... maaf andai kata2 saya mengusik mana2 pihak... tiada niat pun untuk menyinggung sesiapa.. penulisan ini terhasil kerana rasa sedih yg terlahir disebabkan perkara ini... wallahualam...

Thursday 9 February 2012

Ada apa dgn sejarah??? - Part 2

assalamualaikum wbt. buat mereka yg membaca pnulisan ana di blog ini, insyaAllah hari ini akan berkongsi tentang sejarah sebelum perutusan Muhammad s.a.w.

sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. , banyak nabi dan rasul yg Allah turunkan kepada umat2 sebelum kita. contohnya seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, kaum Tsamud (Nabi Salleh) , kaum A'ad (Nabi Hud), kaum Yahudi (Nabi Musa) dan banyak lagi. banyak kisah tentang kaum2 terdahulu yg diceritakan di dalam Al-Quran dan azab yg diturunkan Allah kepada mereka2 zalim.

"Pada mulanya manusia adalah satu umat. Maka Allah mengutuskan para nabi pemberi berita gembira dan peringatan. Dia juga menurunkan kitab-kitab suci yang benar kepada mereka untuk menjalankan hukum di kalangan manusia dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan. Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki-dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar. Allah memberi petunjuk kepada orang beriman dengan izinNya tentang perkara-perkara yang mereka perselisihkan dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus." 
(Al-Baqarah:213)

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Araf : 59)
melihat kembali sejarah kaum2 terdahulu, mereka di ajak untuk menyembah Allah Tuhan Yang Esa dan meninggalkan segala penyembahan nenek moyang yg menyekutukan Allah. seruan demi seruan dilakukakn untuk berdakwah supaya mereka meninggalkan jahiliah dan kembali kepada ALLAH. jika dilihat sejak zaman Nabi Adam lagi, para utusan Allah di utus kepada setiap umat untuk memberi peringatan kepada seluruh manusia supaya kembali kepada Allah walaupun ketika itu seruannya bukanlah menerusi agama Islam tetapi perkara asas yg di bawa adalah seruan tauhid kepada ALLAH Tuhan yang Esa. 

sehinggalah pada zaman jahiliyyah Mekah di mana ketika itu manusia bersatu dalam kebodohan, kebendaan, dan kenikmatan dunia yg sementara, Allah menurunkan  utusan terakhir dengan penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Era Jahiliyyah Mekah - Era kebodohan
ketika zaman ini, manusia dikelilingi dengan perkara2 jahiliah sehinggakan ramai muslimin yg tidak menyedarinya. pada zaman ini, manusia seakan2 sebati dengan jahiliah.
bila dilihat maksud jahiliah yg diertikan kebanyakan manusia tdk sama sperti generasi dahulu dek kerana adanya orientalis2 yg mengubah pemahaman kita terhadap Quran dgn acuan mereka termasuklah pada ideologi dan cara hidup. pada mata umum, jahiliyah selalunya dikaitkan dgn 'zaman arab jahiliah' di mana Islam mula bertapak di situ.

kalo dilihat erti jahiliah secara bahasanya adalah bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan. tapi kalo dilihat waktu zaman itu, masyarakat Arab sudah menguasai kesenian bahasa dan sastera yg tinggi. plus, mereka dah ada sistem kota dan sistem perniagaan yg sangat baik. hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Arab ketika itu bukanlah org2 bodoh dan tdk berpengetahuan.

tapi apabila kita melihat jahiliyah itu dari kaca mata Al-Quran, ia membawa maksud atau merujuk kepada suatu sikap atau keadaan masyarakat umumnya yg bodoh ttg nilai2 Islam. maksudnya mereka ketika itu, bodoh terhadap hakikat penciptaan manusia sbagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. secara ringkasnya, jahiliyah yg dimaksudkan di dalam Quran adalah setiap perbuatan yg tiada Islam di dalamnya.

agak2nya apa antara tindakan2 yg boleh dinamakan jahiliah ek?? hmmm...

"Dan ingatlah ketika Musa kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu agar menyembelih seekor sapi betina." Mereka bertanya, "Apakah engkau akan menjadikan kami sbg ejekan?" Dia Musa menjawab aku berlindung kepada Allah agar tdk termasuk org2 yg bodoh." (2:67)
1- based on this ayat, apa yg dpt di lihat mereka yg digelar bodoh adalah mereka yg tidak patuh akan perintah Allah dan melakukan kerosakan di bumi sewenang2nya......

Yusuf berkata: " Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai drpd memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan drpdku tipu daya mereka, tentu aku akn cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk org2 yg bodoh." (12:33)
2- merujuk kepada sirah Nabi Yusuf tentang godaan2 yg diterima daripada perempuan2 membawa kpd maksiat hati yg akhirnya akan menjerumuskan kita secara sedar atau tidak sedar ke lembah kehinaan dan dosa.

"Apakah hukum jahiliyah yg mereka kehendaki, dan hukum siapakah yg lebih baik drpd hukum Allah bg org2 yg yakin?" (5:50)
3- di sini, secara jelasnya hukum selain drpd hukum yg ditetapkan Allah adalah jahiliyah which mean every undang2 yg ada di muka bumi ini yg tidak berpandukan hukum Allah adalah suatu yg jahil. apabila kita renung2kan sedalam2nya, apabila hukum Allah tidak ditegakkan org yg miskin akan terus miskin dan ditindas manakalah yg kaya terus menikmati kekayaan. tak cukup dgn itu, masalah2 sosial semakin menjadi sehingga mencapai tahap yg lebih teruk dari haiwan sehingga sanggup membunuh anak2, isteri2 dan ahli keluarga sendiri. astaghfirullah..... sungguh sedih bila mengenang keadaan ummah skrg.... 

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti org2 jahiliyah yg dahulu...." (33:33)
4- ayat ini, Allah turunkan utk isteri2 Nabi s.a.w. supaya tidak melakukan tabarruj yakni berhias berlebih-lebihan kerana hal itu juga termasuk dalam perbuatan jahilliyah... sebagai wanita kita, kecantikkan kita hanya halal utk dilihat suami sahaja, jadi berhiaslah bersederhana sahaja hanya cukup utk kelihat kemas dan sejuk mata memandang bukanlah untuk menarik perhatian org....

"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (48:26)
5- sifat angkuh dan sombong serta tdk mahu menerima kebenaran juga adalah salah satu daripada jahilliyah yg dinyatakan di dalam Quran. dan harus diingatkan, sifat angkuh ini adalah sifat iblis yg bongkak. oleh itu, hendaklah kita cuba menjauhinya dan memohon perlindungan drpd Allah. 

6- dan banyak hadith nabi yg menerangkan tentang sikap jahiliah seperti jangan mendekati zina jelas menunjukkan bahawa kemaksiatan merupakan perkara jahilliyah...

7- hadith daripada Abu Dzar menerangkan bahawa mengejek dan menghina org lain juga termasuk dalam sifat jahiliyyah. Dia berkata : "Sesungguhnya saya mengejek seseorang dgn menghina ibunya, maka Rasulullah berkata kepadaku, "Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah org yg masib mempunya sifat jahiliyah" - Muttafaqun Alaih 

hmm jom kita diam sejenak dan beriman dgn ayat2 di atas, masih adakah jahiliah dlm diri kita dan di sekeliling kita??? .... moga Allah memandu kita dalam melihat sesuatu.... wallahualam.... ^_^





Thursday 19 January 2012

Ada apa dgn sejarah??? - Part 1


"sejarah?? boring la... watpe nak tau sejarah... SPM dah lepas la... ak pun dah x ingat point2 yg belajar dkat skolah dulu..."
" Jap! Jap! yg ni sejarah lain la.. Ni sejarah yg benar-benar dan tulen punya... yg belajaq kat sekolah tu banyak fakta yg dah di putar belitkan..."
"Ish, ko ni sedap je kata sejarah yg kita blajar kat sekolah x betul"
"aku x kata semua fakta tu x betul tapi ada banyak lagi yg perlu kita tahu. lagipun sangat penting untuk kita tahu sejarah nie."
"la.. awatnya pulak penting? exam sejarah mana ada dah....haish rajin semacam la pulak ko ni"
"itu lain la... ko tau x dari sejarah la kita belajar so that kita akan ambik iktibar from what happened before and tidak mengulanginya lagi..."
"hmm.......ok! tapi sejarah tentang apa"
"sapa yg nak amik iktibarnya?"
" kita la "
"So, Ini Sejarah Kita la"
Ini Sejarah Kita?? hmm maybe ada yg pernah dengar dan ada yg belum... but somehow ana still ingin kongsikan di sini... kerna sejarah itu penting utk kita tahu dan mesti kita tahu untuk kita kenali siapa kita sebenar? Kita di sini siapa??Kita sebagai islam..................... perkongsian ini insyaAllah akan ada peringkat2 sbb ana x nak tertinggal hak ilmu yg perlu anda semua tahu.........

Bismillahirrahmanirrahim..........

sebagai permulaan, ana akan berkongsi tentang sejarah itu sendiri....... Sejarah bukanlah suatu kebetulan tetapi sejarah sebenarnya adalah sunnatullah... apa itu sunnatullah?? Sunnatullah itu adalah peraturan Allah.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata."
(surah Al-An'aam:59)

ayat ini jelas menerangkan bahawa setiap apa yg berlaku di dunia baik sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara semuanya berada di bawah pengetahuan Al-Alim.... walaupun sebesar atom? yup! err apa yg berlaku dalam sistem badan manusia?? yup! semua itu di bawah pantauan Allah... jadi sejarah yg telah, sedang, atau akan berlaku semuanya berada di bawah tadbir Allah...

sunnatullah ini merupakan satu ketetapan atau ketentuan yg Allah sediakan untuk kemudahan kita sebagai khalifah dalam mentadbir muka bumi ini... hmm mcm mana tue????

untuk contoh yg lebih jelas, agak2 antunna semua tahap didih air tue ketentuan Allah x?

dengan kurnia Allah, kita diberikan akal untuk berfikir dan mengkaji alam semesta yg diciptakan Allah untuk kita. dan air itu adalah antara makhluk Allah. dengan izinNYA, manusia mengkaji dan melakukan eksperimen dan mengetahui tahap didih air sedangkan sememangnya tahap didih air itu memang sudah ditetapkan Allah sebelum lahirnya kita ke dunia ini........ ana harap dengan contoh yg ana berikan ini, antunna semua dapat idea yg ana cuba sampaikan tentang sunnatullah... insyaAllah....

sekarang ana akan cuba menerangkan tentang kaitan sejarah dan sunnatullah yg telah ditetapkan Allah....

ana cuba gunakan contoh yg ringan dahulu sebelum ana terangkan. seorang doktor akan terlebih dahulu mengambil sejarah kesihatan pesakit sebelum dia menentukan sebab2 penyakit pesakit dan apakah tindakan yg perlu diambil seterusnya... di sini ana cuba nak terangkan bagaimana sejarah itu mampu mempengaruhi perlakuan dan keputusan kita...

menurut Sayyid Qutb > sejarah itu merupakan tafsiran peristiwa2 & pengertian mengenai hubungan2 nyata dan tidak nyata yg menjalin seluruh bahagian serta memberi dinamika(tenaga,kekuatan, gerak daya) dlm waktu dan tempat... dalam erti lain apabila kita mengkaji asal usul diri kita, asal usul Islam, asal kebudayaan bangsanya, faktor2 pertumbuhan dan fasa perkembangannya barulah kita mampu memahami hakikat siapa kita sebenar dan apa yg patut lakukan seterusnya untuk masa hadapan.... jadi sebagai seorang muslim, kita haruslah mengkaji peristiwa2 yg berlaku sejak zaman Rasulullah lagi ketika turunnya Islam dan sebagai manusia kita haruslah mengkaji sejarah yg telah berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi, so that kita memahami hakikat seorang manusia dan mengaitkan kisah2 zaman dahulu dgn kehidupan kita sekarang, so that kita tahu apakah next step yg perlu kita ambik untuk meneruskan kehidupan kita as a Muslim human....

sekiranya kita memahami isi Al-Quran kita akan melihat banyak kisah2 yg diceritakan kepada kita tentang peristiwa2 yg berlaku suatu ketika dahulu supaya kita mengambil pelajaran tentang hakikat penghidupan manusia di muka bumi ini....... sunnatullah ini akan terus berlangsung tanpa henti sehingga Allah yg menghendakinya... insyaAllah ana harap antunna semua dapat mesej apa yg ingin ana sampaikan... dan sekiranya ada pertanyaan, comment dari antunna semua sangat ana alu2kan... =)

insyaAllah untuk part seterusnya ana akan memulakan pentafsiran peristiwa2 yg berlaku ketika di zaman Makkah.... =)







Monday 16 January 2012

whats the meaning of LIFE? ENJOY!!! ... IS IT??? - episode 4






dari kecik lagi telinga kita dibisikkan dgn kalimah suci ini ;

" aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH"
"Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh ALLAH"

dgn melafazkan kalimah ini, kita merasakan kita telah menjadi seorang Muslim.................  
is it? how about tentang kisah penurunan Al-Quran yg sangat besar tanggungjawabnya sehinggakan kalo diberikan kepada gunung, gunung akan hancur dan terbelah kerana beratnya tanggungjawab Al-Quran itu??
tapi adakah kita dgn mudahnye hanya melafazkan kalimah suci ini bermakna kita seorang yg muslim without any responsibility comes along?? Bukankah Al-Quran itu diturunkan kepada manusia??

cuba kita hayati sejenak ayat ini :

"Did ye then think that We had created you in jest, and that ye would not be brought back to Us (for account)?"
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

tidakkah kita mengambil pengajaran dari ayat2 suci Al-Quran ini, sesungguhnya penciptaan kita di bumi Allah ini bukanlah hanya untuk main2 atau bukanlah untuk melakukan apa sahaja yg kita suka tapi penciptaan kita ini bermatlamat... dan apakah matlamatnya??

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (51:56)

lupakah kita akan perjanjian yg kita pernah lakukan ketika di alam roh terhadap Allah, Tuhan yg mencipta sekalian alam?  perjanjian kita yang mengakui keesaan Allah sebagai pencipta seluruh alam dan hanya kepadaNYA sahaja kita sembah dan beribadat..... tidak ada tujuan lain kita diciptakan di dunia ini melainkan apa yg tertulis di dalam Al-Quran....


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

ingat tak janji kita ini??? sesungguhnya Al-Quran adalah petunjuk dari Ilahi untuk kita agar kita menjadikannya sebagai pedoman dan pegangan hidup....  


                                                                   (49:14)
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

ayat ini menerangkan dengan mengucapkan kalimah syahadah sahaja, tidak semestinya kita beriman tapi kita hanyalah Islam pada nama sahaja tapi belum meresap ke dalah hati...... 
ingatlah wahai sekalian manusia yg menggelarkan dirinya sebagai islam atau muslim, tanyalah pada hati kita? sudahkah iman meresap ke dalam hati kita atau sebenarnya kita hanya tunduk kepada Islam atas nama sahaja?? dan sentiasa ingatlah dgn tujuan penciptaan kita di muka bumi ini agar kita bukanlah dalam kalangan mereka yg masih terkapai2 mencari arah tujuan.............