Tuesday 17 April 2012

di manakah fitrah dalam dirimu wahai manusia????

fitrah manusia itu adalah untuk kembali kepada Tuhannya. setiap manusia suka akan kebaikan walaupun dia adalah sejahat-jahat mana pun, pada suatu masa akan ada sahaja saat seseorang akan berhenti dan memikirkan apakah tujuan dia dihidupkan di muka bumi ini...


namun pada zaman kini yg di mana sahaja tempat, kebaikan itu telah disekularkan kaitannya dengan agama termasuk juga org yg menggelarkan diri mereka seorang Muslim... hari ini, kebaikan itu dikatakan suatu yg normal yg memang wujud dalam diri manusia sejak lahir lagi... inilah yg dimaksudkan dengan fitrah dan memang fitrah manusia itu menyukai kebaikan itu... namun masih lagi ada mereka-mereka yg tertindas, masih ada mereka-mereka yg berada dalam kelaparan dan masih banyak lagi kezaliman yg berlaku... bukankah dikatakan kebaikan itu memang berada dalam diri manusia tapi mengapa masih wujud keadaan2 seperti ini???


keadaan ini berlaku bila manusia bertindak dengan sebebas-bebasnya mengikut kehendak nafsu serakah yg tidak dikawal dan dididik dengan cara yg sepatutnya yakni apabila seseorang itu tidak mengikut fitrahnya sebagai manusia. 


"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) "ugama Allah" - iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (30:30)


dalam ayat ini, Allah sudah menerangkan bahawa manusia diciptakan secara semulajadinya untuk mengikut agama Allah ini yakni Islam. dan apabilah fitrah yang sepatutnya ada dalam diri manusia ini  tidak diikuti berlakulah bermacam-macam kezaliman dan kerosakan yg sedang berlaku di abad ini. manusia seolah-seolah sudah tidak berhati perut sehingga membuang bayi yg baru dilahirkan, manusia seolah-seolah bernafsu seperti binatang hinggakan anak sendiri dirogol sedangkan binatang pun mampu untuk menyayangi anaknya... apa yg sedang terjadi dengan manusia sekarang ini???

di mana fitrah kebaikan yg sepatutnya ada pada diri mereka??? mengapa manusia sekarang seolah-olah menghambakan diri kepada nafsu mereka???
mengapa???

kerana manusia lupa! lupa pada sejarah penciptaan mereka! mereka seolah seperti anak kecil yg berseronok dengan alat-alat permainan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling! leka! leka dengan masa yang sentiasa berjalan dan meninggalkan mereka! terus bermain dan terus bermain tanpa sedar akan tibanya hari di mana mereka akan hilang segala alat2 permainan mereka yg selalu mereka sibukkan! hari di mana mereka akan tersedar tentang hakikat sebenarnya! hari di mana mereka akan meraung! menangis! menyesali kelekaan mereka!!!!!!!!!!

 alangkah sedihnya manusia apabila mereka masih lagi di buai mimpi dan hidup dengan angan2 yg kosong!! angan2 yg akan lenyap apabila tiba masanya!
bangunlah wahai manusia!!! buanglah segala alat2 permainanmu yg melalaikanmu daripada destinasimu! carilah kembali jalan pulangmu!!! jalan pulang yg abadi!!! jalan pulang yang hakiki!!!


No comments:

Post a Comment