Thursday 19 January 2012

Ada apa dgn sejarah??? - Part 1


"sejarah?? boring la... watpe nak tau sejarah... SPM dah lepas la... ak pun dah x ingat point2 yg belajar dkat skolah dulu..."
" Jap! Jap! yg ni sejarah lain la.. Ni sejarah yg benar-benar dan tulen punya... yg belajaq kat sekolah tu banyak fakta yg dah di putar belitkan..."
"Ish, ko ni sedap je kata sejarah yg kita blajar kat sekolah x betul"
"aku x kata semua fakta tu x betul tapi ada banyak lagi yg perlu kita tahu. lagipun sangat penting untuk kita tahu sejarah nie."
"la.. awatnya pulak penting? exam sejarah mana ada dah....haish rajin semacam la pulak ko ni"
"itu lain la... ko tau x dari sejarah la kita belajar so that kita akan ambik iktibar from what happened before and tidak mengulanginya lagi..."
"hmm.......ok! tapi sejarah tentang apa"
"sapa yg nak amik iktibarnya?"
" kita la "
"So, Ini Sejarah Kita la"
Ini Sejarah Kita?? hmm maybe ada yg pernah dengar dan ada yg belum... but somehow ana still ingin kongsikan di sini... kerna sejarah itu penting utk kita tahu dan mesti kita tahu untuk kita kenali siapa kita sebenar? Kita di sini siapa??Kita sebagai islam..................... perkongsian ini insyaAllah akan ada peringkat2 sbb ana x nak tertinggal hak ilmu yg perlu anda semua tahu.........

Bismillahirrahmanirrahim..........

sebagai permulaan, ana akan berkongsi tentang sejarah itu sendiri....... Sejarah bukanlah suatu kebetulan tetapi sejarah sebenarnya adalah sunnatullah... apa itu sunnatullah?? Sunnatullah itu adalah peraturan Allah.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata."
(surah Al-An'aam:59)

ayat ini jelas menerangkan bahawa setiap apa yg berlaku di dunia baik sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara semuanya berada di bawah pengetahuan Al-Alim.... walaupun sebesar atom? yup! err apa yg berlaku dalam sistem badan manusia?? yup! semua itu di bawah pantauan Allah... jadi sejarah yg telah, sedang, atau akan berlaku semuanya berada di bawah tadbir Allah...

sunnatullah ini merupakan satu ketetapan atau ketentuan yg Allah sediakan untuk kemudahan kita sebagai khalifah dalam mentadbir muka bumi ini... hmm mcm mana tue????

untuk contoh yg lebih jelas, agak2 antunna semua tahap didih air tue ketentuan Allah x?

dengan kurnia Allah, kita diberikan akal untuk berfikir dan mengkaji alam semesta yg diciptakan Allah untuk kita. dan air itu adalah antara makhluk Allah. dengan izinNYA, manusia mengkaji dan melakukan eksperimen dan mengetahui tahap didih air sedangkan sememangnya tahap didih air itu memang sudah ditetapkan Allah sebelum lahirnya kita ke dunia ini........ ana harap dengan contoh yg ana berikan ini, antunna semua dapat idea yg ana cuba sampaikan tentang sunnatullah... insyaAllah....

sekarang ana akan cuba menerangkan tentang kaitan sejarah dan sunnatullah yg telah ditetapkan Allah....

ana cuba gunakan contoh yg ringan dahulu sebelum ana terangkan. seorang doktor akan terlebih dahulu mengambil sejarah kesihatan pesakit sebelum dia menentukan sebab2 penyakit pesakit dan apakah tindakan yg perlu diambil seterusnya... di sini ana cuba nak terangkan bagaimana sejarah itu mampu mempengaruhi perlakuan dan keputusan kita...

menurut Sayyid Qutb > sejarah itu merupakan tafsiran peristiwa2 & pengertian mengenai hubungan2 nyata dan tidak nyata yg menjalin seluruh bahagian serta memberi dinamika(tenaga,kekuatan, gerak daya) dlm waktu dan tempat... dalam erti lain apabila kita mengkaji asal usul diri kita, asal usul Islam, asal kebudayaan bangsanya, faktor2 pertumbuhan dan fasa perkembangannya barulah kita mampu memahami hakikat siapa kita sebenar dan apa yg patut lakukan seterusnya untuk masa hadapan.... jadi sebagai seorang muslim, kita haruslah mengkaji peristiwa2 yg berlaku sejak zaman Rasulullah lagi ketika turunnya Islam dan sebagai manusia kita haruslah mengkaji sejarah yg telah berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi, so that kita memahami hakikat seorang manusia dan mengaitkan kisah2 zaman dahulu dgn kehidupan kita sekarang, so that kita tahu apakah next step yg perlu kita ambik untuk meneruskan kehidupan kita as a Muslim human....

sekiranya kita memahami isi Al-Quran kita akan melihat banyak kisah2 yg diceritakan kepada kita tentang peristiwa2 yg berlaku suatu ketika dahulu supaya kita mengambil pelajaran tentang hakikat penghidupan manusia di muka bumi ini....... sunnatullah ini akan terus berlangsung tanpa henti sehingga Allah yg menghendakinya... insyaAllah ana harap antunna semua dapat mesej apa yg ingin ana sampaikan... dan sekiranya ada pertanyaan, comment dari antunna semua sangat ana alu2kan... =)

insyaAllah untuk part seterusnya ana akan memulakan pentafsiran peristiwa2 yg berlaku ketika di zaman Makkah.... =)







No comments:

Post a Comment