Mengapa
dan bagaimana? 2 persoalan yg harus seorang muslim bertanya pada diri dalam
setiap tindakannya. Hari ini aku bersyukur pada Dia yg telah mentakdirkan aku
untuk berbicara soal mati selepas solat maghrib bersama teman serumahku. Mati…
satu perkataan yg sngat mendalam. Ia membawa terus akal fikiran dan hati ku
kepada Yang Satu. Rabbku yang selalu menjagaku. Tiada kebetulan tetapi ia satu
ketetapan. Hari ini, Dia mnggerakkan hatiku untuk membaca buku Tombo Hati yg
sudah lama berada di rak bilikku.
Hati:
"ketahuilah dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Bila ia baik maka
baiklah seluruh anggota badannya. Dan bila buruk maka buruklah seluruh anggota
badan. Ia adalah hati." (sabda Rasulullah s.a.w.)
Hati
adalah raja kepada badan. Apa yang di rasai sentiasa akan membawa kepada
pergerakan tubuh badan paling kurang pun mimik muka yg kadang2 terpamer
mengikut status hati kita pada waktu itu. Mata merupakan front liner kepada
hati. Apa yg dilihat akan di signalkan terus kepada hati. Sbb itu ada pepatah
mengatakan, dari mata turun ke hati. Apa2 yg kita lihat secara tidak
langsungnya akan masuk ke dalam hati. Mulut dan lidah adalah juru bicara kepada
hati. Apa yg dirasai hati, akan terluah di bibir mulut. Telinga yg
dianugerahkan Allah pada kita pula adalah alat pendengaran kepada hati. Seperti
mata, apa yg didengar itulah yg akan sampai ke hati. Di dalam manual yg diturunkan Allah kepada
kita selalu ada ayat yg mengaitkan
pendengaran,penglihatan dengan hati.
Mata,telinga,
lidah… pada zahirnya ia hanyalah pancaindera kepada kita untuk melaksanakan
tugasan hairan kita. Tapi dari sudut lahiriahnya, anggota2 ini amat penting
untuk menentukan keadaan hati kita.
Sihatkah
hati aku hari ini? Sudah cukupkah makanan yg aku berikan pada hatiku?
Things yg
suppossedly aku slalu ponder. Hati yg mana aku mahukan? Hati yg sejahtera atau
hati yg rosak? Ya Allah, permudahkanlah aku untuk selalu mengingati diri
sendiri dan permudahkanlah untuk aku melaksanakan segala tnggungjawabku sebagai
abid kepadaMU dan khalifah di muka bumi ini.
p/s - Ya
Allah mudahkanlah aku untuk tidak menekan laman web korea selalu…. gantilah
click itu dengan laman web islamic…. T___T
No comments:
Post a Comment